> SBPI Rawang: 2009

Khamis, 10 Disember 2009

Majalah Prodigy 2009


Alhamdulillah...
majalah sekolah yang dinantikan seluruh warga SEPINTAR telah tiba...
Agihan pertama pada majlis graduasi 2009.

Ahad, 18 Oktober 2009

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun 2009

Salam kepada semua. Jadual waktu peperiksaan diagnostik dan akhir tahun 2009 telah sedia untuk dimuat turun. Sila klik pada ruangan Free Download.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Majlis Berbuka dan Solat Hajat Perdana09

Sila klik link ini untuk menonton video.

http://www.youtube.com/watch?v=NClu0kEaNSw

Majlis Khatam Al-Quran 1430H


Untuk menonton video Majlis Khatam, sila klik link ini;

http://www.youtube.com/watch?v=TLeOzDGfYVE

Khamis, 3 September 2009

Majlis Pelancaran Peti Ekspresi Diriku

Majlis ini telah diadakan pada 2 September 2009 di Dewan Terbuka dengan tema 'Luahkan Isi Hati Anda kepada Orang yang betul dengan Cara yang Betul'.


Dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu usaha pembaharuan atau rebranding Peti Suara Hatku yang bertujuan membolehkan pelajar meluahkan isi hati sama ada berbentuk aduan, pelepasan emosi dan cadangan dengan cara yang betul, kepada orang betul, pada masa yang betul. Penyempurnaan perasmian dijalankan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Sepintar dihadiri semua warga SEPINTAR.



Selasa, 11 Ogos 2009

SPM and PMR Trial Exams Schedules


Khamis, 21 Mei 2009

Prodigy edisi ke 6 telah terbit!
kepada bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2008
boleh mendapatkan naskhah masing-masing
di pejabat sekolah.

Rabu, 20 Mei 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Pada4 dan 5 April 2009 seramai 45 orang guru yang menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sepintar telah mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Cameron Highlands. Kursus yang bertajuk "Pengurusan Strategik P&P Cemerlang" telah selamat dijalankan selama dua hari satu malam. Dalam kursus ini guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang masing-masing iaitu Bidang Kemanusiaan, Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Bidang Teknikal. Mereka dikehendaki merangka perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap panitia mata pelajaran yang bermatlamatkan kecemerlangan akademik pelajar dan juga kecemerlangan budaya kerja guru.

Kesempatan ini juga telah diambil oleh para guru untuk melawat kawasan pelancongan di sekitar Cameron Higlands. Selain berkursus, para guru-guru juga berpeluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan anggota keluarga masing-masing kerana sebahagian guru yang mengikuti kursus ini turut membawa ahli keluarga. Menurut Ustaz Kamilen Marzoki (Penolong Kanan Kurikulum) kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Menurut beliau lagi satu sesi kursus susulan sedang dirancang oleh beliau... dan destinasinya ialah LANGKAWI.


Sabtu, 28 Mac 2009

Lawatan Guru-Guru Kimia Dari Jepun


Sepintar
, 27 Mac 2009: Sekumpulan guru-guru kimia seramai 7 orang dari beberapa buah sekolah di sekitar Tokyo telah membuat lawatan muhibah ke Sepintar. Dalam lawatan tersebut satu perbincangan telah diadakan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek kimia di kedua-dua buah negara. Sepintar telah diwakili oleh Pn Marlina bt Mat Napes sebagai Ketua Panitia Kimia, Pn Khairul Afdzar, Pn Norul Illyana, Pn Shajaratuddur, Cik Latifah (Guru Bahasa Jepun Sepintar) serta En Mohd Nazri Takuan (Pegawai Perhubungan Awam Sepintar).

Dalam perbincangan selama kira-kira 3 jam setengah itu, banyak isu-isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah mengenai kandungan kurikulum, kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar (BBM). Ternyata kedua-dua belah pihak begitu berpuas hati dengan pertemuan ini. Rombongan dari Jepun ini akan membawa balik segala dapatan dari perbincangan ini untuk dibawa pulang seterusnya disebarkan kepada seluruh warga pendidik di sekitar Tokyo.

Menurut ketua rombongan dari Jepun tersebut, program lawatan ke Sepintar merupakan destinasi yang ke 3 selepas lawatan ke Korea dan Taiwan. Mereka juga merasa agak terkejut kerana penggunaan prasarana ICT dalam P&P di Sepintar ternyata lebih maju dari sekolah-sekolah di Jepun.

Bagi pihak Sepintar, lawatan ini seolah-olah menjadi pemangkin untuk membuat lawatan balas ke Jepun. Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi lawatan kali ke 2 ke Jepun selepas Program Homestay pada tahun 2006.

P/S Marlina Bt mat Napes ternyata begitu teruja hendak ke sana....

Khamis, 26 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul 2009 telah selamat diadakan pada hari Rabu 28 Rabiulawal 1430H bersamaan 25 Mac 2009. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah". Majlis telah dimulakan lebih kurang pukul 3.30 petang dengan acara perarakan mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat. Acara diteruskan di dewan besar Al-Aqsa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berserta terjemahannya oleh adik Wan Mohd Wafiy Wan Othman bersama adik Ahmad Nor Fikri bin Zainol. Diikuti dengan ucapan pengetua dan Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Ghazali bin Omar (SMKA Kuala Selangor). Majlis diakhiri dengan persembahan kumpulan nasyid Fitrah Murni serta penyampaian hadiah pertandingan perarakan.

Menurut Setiausaha Program Ustazah Sharifah Mariah antara objektif program ini dijalankan ialah untuk:

  1. Mengingati kelahiran Rasulullah SAW.
  2. Sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW
  3. Mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan.
  4. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang terpuji.
  5. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta'ala.

Beliau juga berharap agar semua warga Sepintar dapat menghayati falsafah sambutan ini diadakan iaitu dapat menambah baik kualiti kehidupan keseluruhannya, bukan tamat begitu sahaja sebaik tamatnya program ini.

Mudah-mudahan segala niat baik dan murni ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Selasa, 24 Mac 2009

Pengurusan Hal Ehwal Murid SEPINTAR

Misi Sekolah Berasrama Penuh ialah sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Sejajar dengan visi SBP 'Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia' dan matlamat SBP menerusi Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015, kecemerlangan pengurusan murid hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

  1. Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar
  2. Kes salah laku adalah sifar
  3. Sistem Rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan
  4. Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama
  5. Dewan Makan menepati piawaian Kualiti Dewan Makan SBP
  6. Program Jati Diri mencapai matlamat yang ditetapkan
  7. Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun
  8. Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun demi tahun

Sejajar dengan hasrat tersebut, fokus pengurusan Hal Ehwal Murid adalah:

  1. Menjana pelajar menjadi pemimpin yang berketrampilan selaras dengan visi SBP melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia' menerusi program-program kepimpinan dan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu jawatan sama ada di sekolah, kokurikulum dan asrama.
  2. Mewujudkan suasana asrama yang selesa dan kondusif ke arah menjadi asrama terbilang.
  3. Mengurangkan kes-kes disiplin dengan mewujudkan program-program bagi pelajar yang bermasalah.
  4. Memantapkan program jati diri dan sistem rumah.
  5. Mengurangkan permohonan murid keluar sekolah.



Jawatan Kuasa Hal Ehwal Murid


JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2013

Jawatan
Guru
Pengerusi
Pengetua
Naib Pengerusi 1
Pn. Hasimah bt Harun (PKHEM)
Naib Pengerusi 2
Tn. Hj Kamilen b Marzoki (Penolong Kanan)
Naib Pengerusi 3
Pn. Hasimah bt Harun (Pen Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
Pn. Kasmawati bt Haron
Penolong Setiausaha
Pn. Wan Norliza bt Wan Hamad
AJK
1.        
Setiausaha Disiplin
Pn. Hjh Ruslina Bt Ahmad
2.        
Setiausaha Kebajikan Murid
Cik Norul Haida bt Mohamed Tamizi

3.        
Setiausaha Biasiswa dan Bantuan
Pn. Yusliza bt Mohd Yusoff
4.        
Setiausaha Asrama
Pn. Hjh Nor Aziah Bt Othman
5.        
Setiausaha SPBT
Pn. Nurul Atiqah bt Ahmad  
6.        
Setiausaha Pendaftaran dan Pertukaran Pelajar
Pn. Nur Hamizan  bt  Abd.Rashid
7.        
Setiausaha Data Murid (SSM)
En. Ahmad Zaidi B. Azamuddin
Pn. Zairine Zafina Bt Yunus
8.        
Setiausaha Data Murid (SSDM)
Cik Nur Asmaniza Bt Noor Zohori
En. Nor Suhaimie b. Sukirman
9.        
Setiausaha Lembaga Kepimpinan Pelajar
Pn. Hjh Nurul Izzan Bt Mat Jusoh
10.     
Setiausaha 3K
Pn. Noorul Illyana Bt Naznan
11.     
Setiausaha Kantin
Pn. Noor Farihana Bt Mohamad Supi
12.     
Setiausaha Sistem Rumah
Pn. Norsimah bt Mat Yunan
13.     
Penyelaras Pelajar Tajaan
Pn. Sazila Bt Ghazali

Hubungi Kami

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor.
Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309
E-Mail: bra7001@moe.edu.my

Isnin, 23 Mac 2009

Takwim Bulan Mac


Kokurikulum

Pendahuluan

Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.

Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.

Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Falsafah

Kokurikulum di Sepintar adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul "towering personality" serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara dan dunia.


Visi

Membentuk pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality) yang mempunyai kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjadi pemimpin negara dunia masa hadapan.


Misi

Unit kokurikulum Sepintar berusaha merancang, menyusun, melaksana, memantau dan menambah baik program-program yang berfokuskan kepada pembentukan pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality); bakal pemimpin negara dan dunia masa hadapan, berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Objektif

  1. Memantapkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan bercakap di khalayak ramai melalui aktiviti-aktiviti bahas, debat, syarahan, sudut pidato, pembentangan hasil kerja dan seumpamanya.
  2. Memantapkan keupayaan membuat kerja dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti-aktiviti luaran anjuran persatuan dan unit beruniform seperti perkhemahan serta program-program keceriaan.
  3. Menyemai bakat kepimpinan pelajar dengan cara melibatkan mereka semaksima mungkin dalam pengurusan aktiviti kelab dan persatuan dan guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan penasihat.
  4. Memupuk semangat juang dan tidak mudah mengalah melalui aktiviti sukan dan permainan serta sistem rumah.
  5. Menanam budaya berdisiplin dan berakhlak melalui aktiviti-aktiviti kawat dan kerohanian.
  6. Bahagian kokurikulum juga mempunyai matlamat untuk mencari dan mengenalpasti pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat-peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui aktiviti dan pertandingan yang mereka ceburi seperti pertandingan rekacipta, robofest, kuiz sains nasional, video in education, MTQ, ragbi, bahas Piala Perdana Menteri, perkhemahan unit-unit beruniform peringkat kebangsaan dan sebagainya.

Pengurusan Akademik

SLOGAN
Ikhlas Mendidik Potensi Pelajar Bestari

VISI
Pengurusan dan Penyeliaan Pembelajaran Sepanjang Hayat

MISI
Menguatkan Pasukan Pendidik dengan semangat berusaha lebih gigih melaksanakan amanah dan tugas kurikulum

________________________________

Ahad, 22 Mac 2009

Senarai Barang Keperluan Sekolah & Asrama

  1. Baju kurung putih berpesak (cotton), labuhnya hingga ke lutut, hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang - Bilangan 3
  2. Kain biru muda (biru torquoise) dan bersusun tepi - Bilangan 2
  3. Tudung bulat / labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan berwarna putih tanpa sulaman dan serkup kepala berwarna putih - Bilangan 2
  4. Kasut kulit atau PVC hitam tidak bertali, tanpa corak dan berstokin putih tidak berbelang. Tumitnya tidak melebihi 1 inci - Bilangan 1
  5. Baju kurung batik berpesak , labuhnya hingga ke lutut,hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang untuk “outing” (dijual di kpoerasi sekolah) - Bilangan 1
  6. Kain rasmi (batik) dan bersusun tepi “outing” (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1
  7. Kain batik (bercorak sampin putera) dan bersusun tepi – pakaian jumaat (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1
  8. Seluar panjang (track bottom) berwarna hitam / biru gelap lambang sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  9. Seluar slack hitam (bukan jenis jeans) - Bilangan 2
  10. Baju-T rumah sukan berlengan panjang. (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  11. Kasut kanvas putih dan berstokin putih - Bilangan 1
  12. Lencana sekolah dijahit kemas pada semua tudung putih (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  13. Cadar dan sarung bantal rasmi sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  14. Kelambu putih ukuran katil (jika perlu) - Bilangan 1
  15. Selimut rasmi sekolah (di jual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  16. Baju dan seluar tidur - Bilangan 2
  17. Baju kurung sebarang warna. Hujungnya bercekak - Bilangan 4/5
  18. Serkup dan tudung labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan potongan rata atau bulat sebarang warna - Bilangan 2/3
  19. Stokin sebarang warna - Bilangan 2/3
  20. Kain batik - Bilangan 2
  21. Al-Quran terjemahan Rasm Othmani - Bilangan 1
  22. Yasin dan Tahlil - Bilangan 1
  23. Sejadah - Bilangan 1
  24. Tuala mandi - Bilangan 2
  25. Baldi plastik berukuran 1 kaki - Bilangan 1
  26. Selipar getah untuk ke bilik air - Bilangan 1
  27. Sandal bertali yang bersesuaian untuk kegunaan selain ke bilik air - Bilangan 1
  28. Thermos dan mug (jika perlu) - Bilangan1
  29. Sudu dan garfu - Bilangan 1
  30. Peralatan mandian dan peralatan membasuh
  31. Penyangkut dan penyepit baju
  32. Beg sekolah - Bilangan 1
  33. Berus dan alatan mengilat kasut - Bilangan 1
  34. Baju T-shirt rasmi sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  35. Tanda nama mengikut warna rumah dipakai di sebelah kiri tudung.dan lencana sekolah dipakai di bawah tanda nama - Bilangan 3
  36. Gambar terkini berukuran passport - Bilangan 8
  37. Salinan Kad Pengenalan dan ibu bapa - Bilangan 5
  38. Salinan surat beranak - Bilangan 5
  39. Salinan sijil UPSR atau PMR - Bilangan 2
  40. Slip gaji ibu bapa

Senarai Barang Larangan (Puteri)

  1. Seluar Jean dan sejenis dengannya
  2. Seluar pendek
  3. Topi dan semua jenis wangian
  4. Majalah hiburan atau buku cerita yang tidak sesuai
  5. Telefon bimbit
  6. Semua alat hiburan eletronik kecuali radio transister yang mempunyai 2 bateri bersaiz AA atau AAA dan boleh digunakan pada waktu tertentu di asrama sahaja./MP3 /MP4
  7. Heater,kamera, camera video, video player, walkman,kaset hiburan, video tape, compact disk serta perisiannya dan komputer – laptop.
  8. Alat permainan elektronik yang tidak bersesuaian dan berunsur perjudian
  9. Seterika Elektrik
  10. Comforter dan bantal tambahan
  11. Semua jenis perhiasan seperti gelang, cincin, rantai dan lain-lain
  12. Anak patung / teddy bear dan seumpamanya
  13. Kasut roda / roller blade / skate board
  14. Baju T lengan pendek/lengan tiga suku panjang (puteri)
  15. Baju T lengan panjang bergambar atau tulisan tidak bersesuai. (puteri)
  16. Barang-barang lain yang akan diberitahu dari masa kesemasa

Nota : Barang-barang larangan sekiranya dirampas tidak akan dipulangkan.

Senarai Guru-Guru Mata Pelajaran

PN SA’ADAH BT OTHMAN (PENGETUA)
B.A (Hons) Usuluddin, Dip. Ed. (U.K.M)

TN HJ KAMILEN B. MARZOKI (PENOLONG KANAN)
B.A (Hons) Usuluddin U.Malaya. Dip. Ed. (UIAM)

EN MUSTAFA KAMAL B. JAMALUDIN (PEN. KANAN KOKURIKULUM)
B.A (Hons) Syariah U.Malaya, Dip. Ed. (UIAM)

PN MAIMUNAH BT ISMAIL (PENOLONG KANAN HEM)
Sarjana Muda (Sains Perniagaan Tani) UPM, Dip. Ed. MPPPP

CIK FAUZIAH BT. IBRAHIM (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa)
B. A (Hons) Dip. Ed. (USM)

PN HASIMAH BT HARUN (Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan)
Smpi (KEP) Peng. Arab & Tamadun Islam (UKM), Dip. Pend. (MPI)

PN .SHAJARATUDDUUR BT HUSSIN (Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik)
B. Sc. (Biologi) UKM

TN HJ TOLHAH B. HAJI RAMLI (Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional)
B. Sc. (Math & Physic) Dip Ed. (UPM)

EN. MOHD ZAMRI B ABU ZARIN (Bahasa Inggeris)
B.A (Hons). TESL (Manchester) UK

PN RAFIDAH BT MOHD GHAZALI (Geografi)
B.A (Hons), Dip. Ed. (U.Malaya)

PN.NORANIS BT MOHD ALI (Fizik)
B. Sc. (Hons) UPM, Dip Pend. (UKM) , M. Sc.(Physics) U.Malaya

PN. MARLINA BT MAT NAPES (Kimia)
BAC Enginering (CHEMICAL) UTM, Dip. Ed. (MPPPP)

PN FAZIDAH BT ARIFFIN (Kemahiran Hidup)
B.A (UPM), Dip. Ed. (U.Malaya)

PN SITI ROKIAH BT OMAR (Pend. Seni Visual)
Bachelor Art & Design (ITM)

PN A’IDA BT MOHAMED (Bahasa Inggeris)
B.A TESL (UKM)

PN AZARINA BT ARIFFIN (Sejarah)
B.A Sebaran Am (ITM)

EN AZWAN B. SAMINGAN (Bahasa Inggeris)
B.A TESL U.K.M

CIK GOEY SEOW HOOI (Bahasa Mandarin)
B.A. Peng. Komp. & Peng. Tionghua, Dip. Ed. (IPDA)

PN.HABSAH BT SHAFIE (Bahasa Arab)
Dip. Bahasa Arab & Pend. Islam (KUSZA), B.A.(Hons) Al-Azhar

PN INTAN SUHAILA BT HARON (Bahasa Melayu)
B. A (Hons) Peng. Bahasa Melayu & Sejarah (U.Malaya)

EN KAMISAN B SIHAM (Bahasa Melayu)
B.A (Hons) Dip. Ed. (U.Malaya)

EN KOSIM B ABD GHANI (Kemahiran Al-Quran)
B.A (Al-Azhar), Dip. Ed. (MPI)

PN. KASMAWATI BT HARUN (Geografi & Bahasa Melayu)
B.A Geografi & Peng. Melayu, Dip. Ed. (U. Malaya)

PN KHADIJAH BT AHMAD MAZLAN (Pend. Islam)
B.A (Hons) Syariah (Al-Azhar)

PN. KHAIRATUL ADAWIYAH BT YUSOF (Bimbingan & Kaunseling)
B.A. Bimbingan & Kaunseling (UPM)
EN. MOHD AMIRNUDIN B JAAFAR (Bahasa Inggeris)
BBA (UPM), Dip. Ed. (MPPPP)
EN. MOHD FARADIN B IBRAHIM (Bahasa Arab)
Sarjana Peng. Arab (UKM), B.A. Bahasa Arab (Univ. Ali-Bayt, Jordan), Dip. Pend. (MPI)
EN. MOHD NAZRI B TAKUAN (Bahasa Arab)
Sarjanamuda Peng. Arab (Kep.) UKM, Dip. Ed. (MPI)
PN NOOR ASNIZA BT ALIAS (Lukisan Kejuruteraan & matematik Tambahan)
B.Sc. (Hons) Tek. & Pend (UTM)
PN. NOOR IDAYU BT. BAHARUDIN (Kemahiran Hidup)
B.Sc. (Hons) Tek. Pend. (UTM)
PN. NOORRUL ILLYANA BT NAZNAN (Kimia)
B.Sc. Peng. Kimia & Pend. Matematik (UTM)
PN. NOR AINI BT AHMAD (Sejarah)
B.A. (Hons) UKM, Dip. Ed. (UPSI)
PN. NOR AZIAH BT OTHMAN (Bahasa Inggeris)
B.A. TESL & Muzik (UPSI)

PN. NUR HAMIZAN BT ABD RASHID (Matematik)
B. Sc Peng. Matematik (USM), Dip. Ed. (IB)
PN. NURUL ATIQAH BT AHMAD (English For Science & Technology)
B.A. TESL (UTM)
PN. NURUL IZZAN BT MAT JUSOH (Pend. Al-Quran & Asu-Sunnah)
B.A. Pend. Islam (U.Malaya)
PN ROSILA BT AMAT KAMARI (Matematik)
B. Sc. (Pend) Matematik
CIK RUSAIMAH BT JAMALUDDIN (Bimbingan & Kaunseling)
B. A Bimbingan & Kaunseling (UPM)
PN RUWAIDAH BT ABDUL JAMIL (Bahasa Melayu)
B.A Pend. B. Melayu (UPM)
PN SAZILA BT GHAZALI (Kemahiran Hidup)
B.A (Hons) Tek. & Pend. Kemahiran Hidup (UTM)
PN. SITI FATIMAH BT ABD MANAP (Matematik)
B. Sc. (Maths) Univ. Of Texas At EL PASO, USA. Dip. Ed. (U.Malaya)
PN. SITI NURMIZAH BT NGATENAH (Kimia)
B. Sc Pend. Kimia (UTM)

PN SITI ROHANI BT ASBANI
(Biologi)
B. Sc (Hons) Genetik, UKM , Dip. Ed. (USM)
PN SOLEHAH BT MUSTAFA (Bahasa Melayu)
B.A Sains Sosial USM, Dip. Ed. (IB)
PN SURAYA BT MOHAMED (Fizik & Tek. Kejuruteraan)
B. Eng. (Civil) UTM , Dip Ed. Maktab Perguruan Teknik
PN. SITI NURMIZAH BT NGATENAH (Kimia)
B. Sc Pend. Kimia (UTM)
PN SITI ROHANI BT ASBANI (Biologi)
B. Sc (Hons) Genetik, UKM , Dip. Ed. (USM)
PN.SURINA BT AHMAD (Fizik)
B. Sc. Fizik (UiTM)
PN. ZAIRINE ZAFINA BT YUNUS (Fizik)
B. Eng (Elec.), KLPI, MPRM
CIK ZURAIDAH BT MISKON (Sejarah & Geografi)
B. A (Pend.) USM
PN. SITI NURMIZAH BT NGATENAH (Kimia)
B. Sc Pend. Kimia (UTM)
PN SITI ROHANI BT ASBANI (Biologi)
B. Sc (Hons) Genetik, UKM , Dip. Ed. (USM)
PN SOLEHAH BT MUSTAFA (Bahasa Melayu)
B.A Sains Sosial USM, Dip. Ed. (IB)
PN SURAYA BT MOHAMED (Fizik & Tek. Kejuruteraan)
B. Eng. (Civil) UTM , Dip Ed. Maktab Perguruan Teknik
PN.SURINA BT AHMAD (Fizik)
B. Sc. Fizik (UiTM)
PN.ZUBAIKAH BT MUDA (Pend. Islam & Pend. Syariah Islamiyah)
M. A (Usuludin) , B. A (Hons) U.Malaya, Dip.Ed. (MPI)

PN.ROSLINA BT SURATNU
(Pend. Islam)
B. A (Pend. Islam), M.A Sains Perpustakaan (U.Malaya)

CIK AZLINA BT ABDULLAH (Fizik)
B. Sc. Peng. Matematik & Fizik (U.Malaya)

CIK SAKINAH BINTI YUSOFF
(Matematik & Biologi)
B. Sc. Pendidikan Biologi (Kep.), UPM
PN NORRAHILA BINTI HJ SALLEH (Pend. Islam & Bahasa Arab)
B.A. Usuluddin, Dip. Pend. (U.Malaya)
PN KHAIRULAFDZAR BINTI AHMAD SHAH (Matematik & Kimia)
B.Sc & Education (Hons), Master In Principalship (Distinction) U.Malaya
CIK LATIFFAH BINTI ABDULLAH (Bahasa Jepun)
B.A.(Hons) Japanese (Meikai University)
EN NOR SUHAIME BIN SUKIRMAN (Sejarah)
B.A. (Hons) UKM
EN SHAHNOL BIN ROZANI (Guru Kaunseling)
B.A. Pngurusan Kerja Sosial (UUM)


Jumaat, 20 Mac 2009

PIBG







Koleksi Video

Larian Sepintar 2009




Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan LKP 2009




Majlis Graduasi 2008

Rabu, 11 Februari 2009

Pentadbiran

PENGURUSAN PENTADBIRAN & JAWATANKUASA


FALSAFAH  PENDIDIKAN  KEBANGSAAN
                Pendidikan di Malaysia  adalah suatu  usaha  berterusan  ke arah lebih memperkembangkan potensi individu  secara menyeluruh  dan bersepadu  untuk melahirkan  insan  seimbang  dan harmonis  dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani  berdasarkan kepercayaan  dan kepatuhan  kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan  Warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab  dan berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran  keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH SEKOLAH  BERASRAMA  PENUH
                Pendidikan  di  Sekolah   Berasrama  Penuh  adalah  suatu usaha berterusan bagi menyediakan  suasana  persekolahan  dan  pembelajaran yang terancang, terkawal  dan sempurna  untuk memupuk  dan memperkembangkan  kebolehan pelajar–pelajar  yang berpotensi  kearah kecemerlangan  sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap  tuntutan  Agama, Bangsa dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
                Pendidikan Islam adalah satu usaha  berterusan untuk menyampaikan  ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam  berdasarkan  Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk  sikap, kemahiran keperibadian  dan pandangan hidup  hamba Allah  yang mempunyai  tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan  di dunia  dan kesejahteraan  abadi di akhirat.

MATLAMAT  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.         Melahirkan bangsa Malaysia  yang taat setia dan bersatu padu
2.         Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan  dan sejahtera
3.         Menyediakan sumber tenaga manusia  untuk keperluan Negara
4.         Memberikan peluang pendidikan  kepada semua  warga Malaysia

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
MATLAMAT  SEKOLAH  BERASRAMA PENUH
1.         Mewujudkan peluang untuk  pelajar-pelajar  yang berpotensi  terutamanya dari kawasan  bagi luar  bandar bagi  mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dalam iklim persekolahan yang kondusif
2.         Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai  persediaan ke arah pendidikan tinggi  untuk memenuhi keperluan negara
3.      Melahirkan pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat  sarwajagat
4.         Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia
5.         Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja
6.         Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP agar dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP
7.         Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang
8.         Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP
9.         Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat  menguruskan kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana
10.    Menjayakan Program Pendidikan Menengah yang  berorentasikan sains bagi memajukan tuntutan  Wawasan 2020

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

MISI  SEKOLAH  BERASRAMA  PENUH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI 
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA



CARTA ORGANISASI 2016

PENGETUA
Tn Hj Addenan bin Osman

PENOLONG KANAN
Tn Hj Kamilen Bin Marzoki


PENOLONG KANAN HEM
Tn Hj Tolhah bin Ramli

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
En Ilias bin Hamat



GURU-GURU KANAN MATAPELAJARAN

1. Pn Shajaratuddur bt Hussin (GKMP Sains & Matematik)


2.  En Mohd Zamri bin Abu Zarin (GKMP Bahasa)

3. Pn Ruslina binti Ahmad (GKMP Teknik & Vokasional)

4.  Pn Hjh Habsah bt Shafie (GKMP Kemanusiaan)


5.  Pn Hjh Siti Aida bt Ibrahim (GKMP Pendidikan Islam)

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP