> SBPI Rawang: Mac 2009

Sabtu, 28 Mac 2009

Lawatan Guru-Guru Kimia Dari Jepun


Sepintar
, 27 Mac 2009: Sekumpulan guru-guru kimia seramai 7 orang dari beberapa buah sekolah di sekitar Tokyo telah membuat lawatan muhibah ke Sepintar. Dalam lawatan tersebut satu perbincangan telah diadakan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek kimia di kedua-dua buah negara. Sepintar telah diwakili oleh Pn Marlina bt Mat Napes sebagai Ketua Panitia Kimia, Pn Khairul Afdzar, Pn Norul Illyana, Pn Shajaratuddur, Cik Latifah (Guru Bahasa Jepun Sepintar) serta En Mohd Nazri Takuan (Pegawai Perhubungan Awam Sepintar).

Dalam perbincangan selama kira-kira 3 jam setengah itu, banyak isu-isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah mengenai kandungan kurikulum, kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar (BBM). Ternyata kedua-dua belah pihak begitu berpuas hati dengan pertemuan ini. Rombongan dari Jepun ini akan membawa balik segala dapatan dari perbincangan ini untuk dibawa pulang seterusnya disebarkan kepada seluruh warga pendidik di sekitar Tokyo.

Menurut ketua rombongan dari Jepun tersebut, program lawatan ke Sepintar merupakan destinasi yang ke 3 selepas lawatan ke Korea dan Taiwan. Mereka juga merasa agak terkejut kerana penggunaan prasarana ICT dalam P&P di Sepintar ternyata lebih maju dari sekolah-sekolah di Jepun.

Bagi pihak Sepintar, lawatan ini seolah-olah menjadi pemangkin untuk membuat lawatan balas ke Jepun. Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi lawatan kali ke 2 ke Jepun selepas Program Homestay pada tahun 2006.

P/S Marlina Bt mat Napes ternyata begitu teruja hendak ke sana....

Khamis, 26 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul 2009 telah selamat diadakan pada hari Rabu 28 Rabiulawal 1430H bersamaan 25 Mac 2009. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah". Majlis telah dimulakan lebih kurang pukul 3.30 petang dengan acara perarakan mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat. Acara diteruskan di dewan besar Al-Aqsa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berserta terjemahannya oleh adik Wan Mohd Wafiy Wan Othman bersama adik Ahmad Nor Fikri bin Zainol. Diikuti dengan ucapan pengetua dan Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Ghazali bin Omar (SMKA Kuala Selangor). Majlis diakhiri dengan persembahan kumpulan nasyid Fitrah Murni serta penyampaian hadiah pertandingan perarakan.

Menurut Setiausaha Program Ustazah Sharifah Mariah antara objektif program ini dijalankan ialah untuk:

  1. Mengingati kelahiran Rasulullah SAW.
  2. Sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW
  3. Mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan.
  4. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang terpuji.
  5. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta'ala.

Beliau juga berharap agar semua warga Sepintar dapat menghayati falsafah sambutan ini diadakan iaitu dapat menambah baik kualiti kehidupan keseluruhannya, bukan tamat begitu sahaja sebaik tamatnya program ini.

Mudah-mudahan segala niat baik dan murni ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Selasa, 24 Mac 2009

Pengurusan Hal Ehwal Murid SEPINTAR

Misi Sekolah Berasrama Penuh ialah sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Sejajar dengan visi SBP 'Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia' dan matlamat SBP menerusi Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015, kecemerlangan pengurusan murid hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

  1. Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar
  2. Kes salah laku adalah sifar
  3. Sistem Rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan
  4. Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama
  5. Dewan Makan menepati piawaian Kualiti Dewan Makan SBP
  6. Program Jati Diri mencapai matlamat yang ditetapkan
  7. Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun
  8. Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun demi tahun

Sejajar dengan hasrat tersebut, fokus pengurusan Hal Ehwal Murid adalah:

  1. Menjana pelajar menjadi pemimpin yang berketrampilan selaras dengan visi SBP melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia' menerusi program-program kepimpinan dan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu jawatan sama ada di sekolah, kokurikulum dan asrama.
  2. Mewujudkan suasana asrama yang selesa dan kondusif ke arah menjadi asrama terbilang.
  3. Mengurangkan kes-kes disiplin dengan mewujudkan program-program bagi pelajar yang bermasalah.
  4. Memantapkan program jati diri dan sistem rumah.
  5. Mengurangkan permohonan murid keluar sekolah.



Jawatan Kuasa Hal Ehwal Murid


JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 2013

Jawatan
Guru
Pengerusi
Pengetua
Naib Pengerusi 1
Pn. Hasimah bt Harun (PKHEM)
Naib Pengerusi 2
Tn. Hj Kamilen b Marzoki (Penolong Kanan)
Naib Pengerusi 3
Pn. Hasimah bt Harun (Pen Kanan Kokurikulum)
Setiausaha
Pn. Kasmawati bt Haron
Penolong Setiausaha
Pn. Wan Norliza bt Wan Hamad
AJK
1.        
Setiausaha Disiplin
Pn. Hjh Ruslina Bt Ahmad
2.        
Setiausaha Kebajikan Murid
Cik Norul Haida bt Mohamed Tamizi

3.        
Setiausaha Biasiswa dan Bantuan
Pn. Yusliza bt Mohd Yusoff
4.        
Setiausaha Asrama
Pn. Hjh Nor Aziah Bt Othman
5.        
Setiausaha SPBT
Pn. Nurul Atiqah bt Ahmad  
6.        
Setiausaha Pendaftaran dan Pertukaran Pelajar
Pn. Nur Hamizan  bt  Abd.Rashid
7.        
Setiausaha Data Murid (SSM)
En. Ahmad Zaidi B. Azamuddin
Pn. Zairine Zafina Bt Yunus
8.        
Setiausaha Data Murid (SSDM)
Cik Nur Asmaniza Bt Noor Zohori
En. Nor Suhaimie b. Sukirman
9.        
Setiausaha Lembaga Kepimpinan Pelajar
Pn. Hjh Nurul Izzan Bt Mat Jusoh
10.     
Setiausaha 3K
Pn. Noorul Illyana Bt Naznan
11.     
Setiausaha Kantin
Pn. Noor Farihana Bt Mohamad Supi
12.     
Setiausaha Sistem Rumah
Pn. Norsimah bt Mat Yunan
13.     
Penyelaras Pelajar Tajaan
Pn. Sazila Bt Ghazali

Hubungi Kami

SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor.
Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309
E-Mail: bra7001@moe.edu.my

Isnin, 23 Mac 2009

Takwim Bulan Mac


Kokurikulum

Pendahuluan

Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.

Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.

Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Falsafah

Kokurikulum di Sepintar adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul "towering personality" serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara dan dunia.


Visi

Membentuk pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality) yang mempunyai kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjadi pemimpin negara dunia masa hadapan.


Misi

Unit kokurikulum Sepintar berusaha merancang, menyusun, melaksana, memantau dan menambah baik program-program yang berfokuskan kepada pembentukan pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality); bakal pemimpin negara dan dunia masa hadapan, berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Objektif

  1. Memantapkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan bercakap di khalayak ramai melalui aktiviti-aktiviti bahas, debat, syarahan, sudut pidato, pembentangan hasil kerja dan seumpamanya.
  2. Memantapkan keupayaan membuat kerja dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti-aktiviti luaran anjuran persatuan dan unit beruniform seperti perkhemahan serta program-program keceriaan.
  3. Menyemai bakat kepimpinan pelajar dengan cara melibatkan mereka semaksima mungkin dalam pengurusan aktiviti kelab dan persatuan dan guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan penasihat.
  4. Memupuk semangat juang dan tidak mudah mengalah melalui aktiviti sukan dan permainan serta sistem rumah.
  5. Menanam budaya berdisiplin dan berakhlak melalui aktiviti-aktiviti kawat dan kerohanian.
  6. Bahagian kokurikulum juga mempunyai matlamat untuk mencari dan mengenalpasti pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat-peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui aktiviti dan pertandingan yang mereka ceburi seperti pertandingan rekacipta, robofest, kuiz sains nasional, video in education, MTQ, ragbi, bahas Piala Perdana Menteri, perkhemahan unit-unit beruniform peringkat kebangsaan dan sebagainya.

Pengurusan Akademik

SLOGAN
Ikhlas Mendidik Potensi Pelajar Bestari

VISI
Pengurusan dan Penyeliaan Pembelajaran Sepanjang Hayat

MISI
Menguatkan Pasukan Pendidik dengan semangat berusaha lebih gigih melaksanakan amanah dan tugas kurikulum

________________________________

Ahad, 22 Mac 2009

Senarai Barang Keperluan Sekolah & Asrama

  1. Baju kurung putih berpesak (cotton), labuhnya hingga ke lutut, hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang - Bilangan 3
  2. Kain biru muda (biru torquoise) dan bersusun tepi - Bilangan 2
  3. Tudung bulat / labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan berwarna putih tanpa sulaman dan serkup kepala berwarna putih - Bilangan 2
  4. Kasut kulit atau PVC hitam tidak bertali, tanpa corak dan berstokin putih tidak berbelang. Tumitnya tidak melebihi 1 inci - Bilangan 1
  5. Baju kurung batik berpesak , labuhnya hingga ke lutut,hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang untuk “outing” (dijual di kpoerasi sekolah) - Bilangan 1
  6. Kain rasmi (batik) dan bersusun tepi “outing” (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1
  7. Kain batik (bercorak sampin putera) dan bersusun tepi – pakaian jumaat (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1
  8. Seluar panjang (track bottom) berwarna hitam / biru gelap lambang sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  9. Seluar slack hitam (bukan jenis jeans) - Bilangan 2
  10. Baju-T rumah sukan berlengan panjang. (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  11. Kasut kanvas putih dan berstokin putih - Bilangan 1
  12. Lencana sekolah dijahit kemas pada semua tudung putih (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  13. Cadar dan sarung bantal rasmi sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  14. Kelambu putih ukuran katil (jika perlu) - Bilangan 1
  15. Selimut rasmi sekolah (di jual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  16. Baju dan seluar tidur - Bilangan 2
  17. Baju kurung sebarang warna. Hujungnya bercekak - Bilangan 4/5
  18. Serkup dan tudung labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan potongan rata atau bulat sebarang warna - Bilangan 2/3
  19. Stokin sebarang warna - Bilangan 2/3
  20. Kain batik - Bilangan 2
  21. Al-Quran terjemahan Rasm Othmani - Bilangan 1
  22. Yasin dan Tahlil - Bilangan 1
  23. Sejadah - Bilangan 1
  24. Tuala mandi - Bilangan 2
  25. Baldi plastik berukuran 1 kaki - Bilangan 1
  26. Selipar getah untuk ke bilik air - Bilangan 1
  27. Sandal bertali yang bersesuaian untuk kegunaan selain ke bilik air - Bilangan 1
  28. Thermos dan mug (jika perlu) - Bilangan1
  29. Sudu dan garfu - Bilangan 1
  30. Peralatan mandian dan peralatan membasuh
  31. Penyangkut dan penyepit baju
  32. Beg sekolah - Bilangan 1
  33. Berus dan alatan mengilat kasut - Bilangan 1
  34. Baju T-shirt rasmi sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  35. Tanda nama mengikut warna rumah dipakai di sebelah kiri tudung.dan lencana sekolah dipakai di bawah tanda nama - Bilangan 3
  36. Gambar terkini berukuran passport - Bilangan 8
  37. Salinan Kad Pengenalan dan ibu bapa - Bilangan 5
  38. Salinan surat beranak - Bilangan 5
  39. Salinan sijil UPSR atau PMR - Bilangan 2
  40. Slip gaji ibu bapa

Senarai Barang Larangan (Puteri)

  1. Seluar Jean dan sejenis dengannya
  2. Seluar pendek
  3. Topi dan semua jenis wangian
  4. Majalah hiburan atau buku cerita yang tidak sesuai
  5. Telefon bimbit
  6. Semua alat hiburan eletronik kecuali radio transister yang mempunyai 2 bateri bersaiz AA atau AAA dan boleh digunakan pada waktu tertentu di asrama sahaja./MP3 /MP4
  7. Heater,kamera, camera video, video player, walkman,kaset hiburan, video tape, compact disk serta perisiannya dan komputer – laptop.
  8. Alat permainan elektronik yang tidak bersesuaian dan berunsur perjudian
  9. Seterika Elektrik
  10. Comforter dan bantal tambahan
  11. Semua jenis perhiasan seperti gelang, cincin, rantai dan lain-lain
  12. Anak patung / teddy bear dan seumpamanya
  13. Kasut roda / roller blade / skate board
  14. Baju T lengan pendek/lengan tiga suku panjang (puteri)
  15. Baju T lengan panjang bergambar atau tulisan tidak bersesuai. (puteri)
  16. Barang-barang lain yang akan diberitahu dari masa kesemasa

Nota : Barang-barang larangan sekiranya dirampas tidak akan dipulangkan.

Senarai Guru-Guru Mata Pelajaran

PN SA’ADAH BT OTHMAN (PENGETUA)
B.A (Hons) Usuluddin, Dip. Ed. (U.K.M)

TN HJ KAMILEN B. MARZOKI (PENOLONG KANAN)
B.A (Hons) Usuluddin U.Malaya. Dip. Ed. (UIAM)

EN MUSTAFA KAMAL B. JAMALUDIN (PEN. KANAN KOKURIKULUM)
B.A (Hons) Syariah U.Malaya, Dip. Ed. (UIAM)

PN MAIMUNAH BT ISMAIL (PENOLONG KANAN HEM)
Sarjana Muda (Sains Perniagaan Tani) UPM, Dip. Ed. MPPPP

CIK FAUZIAH BT. IBRAHIM (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa)
B. A (Hons) Dip. Ed. (USM)

PN HASIMAH BT HARUN (Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan)
Smpi (KEP) Peng. Arab & Tamadun Islam (UKM), Dip. Pend. (MPI)

PN .SHAJARATUDDUUR BT HUSSIN (Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik)
B. Sc. (Biologi) UKM

TN HJ TOLHAH B. HAJI RAMLI (Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional)
B. Sc. (Math & Physic) Dip Ed. (UPM)

EN. MOHD ZAMRI B ABU ZARIN (Bahasa Inggeris)
B.A (Hons). TESL (Manchester) UK

PN RAFIDAH BT MOHD GHAZALI (Geografi)
B.A (Hons), Dip. Ed. (U.Malaya)

PN.NORANIS BT MOHD ALI (Fizik)
B. Sc. (Hons) UPM, Dip Pend. (UKM) , M. Sc.(Physics) U.Malaya

PN. MARLINA BT MAT NAPES (Kimia)
BAC Enginering (CHEMICAL) UTM, Dip. Ed. (MPPPP)

PN FAZIDAH BT ARIFFIN (Kemahiran Hidup)
B.A (UPM), Dip. Ed. (U.Malaya)

PN SITI ROKIAH BT OMAR (Pend. Seni Visual)
Bachelor Art & Design (ITM)

PN A’IDA BT MOHAMED (Bahasa Inggeris)
B.A TESL (UKM)

PN AZARINA BT ARIFFIN (Sejarah)
B.A Sebaran Am (ITM)

EN AZWAN B. SAMINGAN (Bahasa Inggeris)
B.A TESL U.K.M

CIK GOEY SEOW HOOI (Bahasa Mandarin)
B.A. Peng. Komp. & Peng. Tionghua, Dip. Ed. (IPDA)

PN.HABSAH BT SHAFIE (Bahasa Arab)
Dip. Bahasa Arab & Pend. Islam (KUSZA), B.A.(Hons) Al-Azhar

PN INTAN SUHAILA BT HARON (Bahasa Melayu)
B. A (Hons) Peng. Bahasa Melayu & Sejarah (U.Malaya)

EN KAMISAN B SIHAM (Bahasa Melayu)
B.A (Hons) Dip. Ed. (U.Malaya)

EN KOSIM B ABD GHANI (Kemahiran Al-Quran)
B.A (Al-Azhar), Dip. Ed. (MPI)

PN. KASMAWATI BT HARUN (Geografi & Bahasa Melayu)
B.A Geografi & Peng. Melayu, Dip. Ed. (U. Malaya)

PN KHADIJAH BT AHMAD MAZLAN (Pend. Islam)
B.A (Hons) Syariah (Al-Azhar)

PN. KHAIRATUL ADAWIYAH BT YUSOF (Bimbingan & Kaunseling)
B.A. Bimbingan & Kaunseling (UPM)
EN. MOHD AMIRNUDIN B JAAFAR (Bahasa Inggeris)
BBA (UPM), Dip. Ed. (MPPPP)
EN. MOHD FARADIN B IBRAHIM (Bahasa Arab)
Sarjana Peng. Arab (UKM), B.A. Bahasa Arab (Univ. Ali-Bayt, Jordan), Dip. Pend. (MPI)
EN. MOHD NAZRI B TAKUAN (Bahasa Arab)
Sarjanamuda Peng. Arab (Kep.) UKM, Dip. Ed. (MPI)
PN NOOR ASNIZA BT ALIAS (Lukisan Kejuruteraan & matematik Tambahan)
B.Sc. (Hons) Tek. & Pend (UTM)
PN. NOOR IDAYU BT. BAHARUDIN (Kemahiran Hidup)
B.Sc. (Hons) Tek. Pend. (UTM)
PN. NOORRUL ILLYANA BT NAZNAN (Kimia)
B.Sc. Peng. Kimia & Pend. Matematik (UTM)
PN. NOR AINI BT AHMAD (Sejarah)
B.A. (Hons) UKM, Dip. Ed. (UPSI)
PN. NOR AZIAH BT OTHMAN (Bahasa Inggeris)
B.A. TESL & Muzik (UPSI)

PN. NUR HAMIZAN BT ABD RASHID (Matematik)
B. Sc Peng. Matematik (USM), Dip. Ed. (IB)
PN. NURUL ATIQAH BT AHMAD (English For Science & Technology)
B.A. TESL (UTM)
PN. NURUL IZZAN BT MAT JUSOH (Pend. Al-Quran & Asu-Sunnah)
B.A. Pend. Islam (U.Malaya)
PN ROSILA BT AMAT KAMARI (Matematik)
B. Sc. (Pend) Matematik
CIK RUSAIMAH BT JAMALUDDIN (Bimbingan & Kaunseling)
B. A Bimbingan & Kaunseling (UPM)
PN RUWAIDAH BT ABDUL JAMIL (Bahasa Melayu)
B.A Pend. B. Melayu (UPM)
PN SAZILA BT GHAZALI (Kemahiran Hidup)
B.A (Hons) Tek. & Pend. Kemahiran Hidup (UTM)
PN. SITI FATIMAH BT ABD MANAP (Matematik)
B. Sc. (Maths) Univ. Of Texas At EL PASO, USA. Dip. Ed. (U.Malaya)
PN. SITI NURMIZAH BT NGATENAH (Kimia)
B. Sc Pend. Kimia (UTM)

PN SITI ROHANI BT ASBANI
(Biologi)
B. Sc (Hons) Genetik, UKM , Dip. Ed. (USM)
PN SOLEHAH BT MUSTAFA (Bahasa Melayu)
B.A Sains Sosial USM, Dip. Ed. (IB)
PN SURAYA BT MOHAMED (Fizik & Tek. Kejuruteraan)
B. Eng. (Civil) UTM , Dip Ed. Maktab Perguruan Teknik
PN. SITI NURMIZAH BT NGATENAH (Kimia)
B. Sc Pend. Kimia (UTM)
PN SITI ROHANI BT ASBANI (Biologi)
B. Sc (Hons) Genetik, UKM , Dip. Ed. (USM)
PN.SURINA BT AHMAD (Fizik)
B. Sc. Fizik (UiTM)
PN. ZAIRINE ZAFINA BT YUNUS (Fizik)
B. Eng (Elec.), KLPI, MPRM
CIK ZURAIDAH BT MISKON (Sejarah & Geografi)
B. A (Pend.) USM
PN. SITI NURMIZAH BT NGATENAH (Kimia)
B. Sc Pend. Kimia (UTM)
PN SITI ROHANI BT ASBANI (Biologi)
B. Sc (Hons) Genetik, UKM , Dip. Ed. (USM)
PN SOLEHAH BT MUSTAFA (Bahasa Melayu)
B.A Sains Sosial USM, Dip. Ed. (IB)
PN SURAYA BT MOHAMED (Fizik & Tek. Kejuruteraan)
B. Eng. (Civil) UTM , Dip Ed. Maktab Perguruan Teknik
PN.SURINA BT AHMAD (Fizik)
B. Sc. Fizik (UiTM)
PN.ZUBAIKAH BT MUDA (Pend. Islam & Pend. Syariah Islamiyah)
M. A (Usuludin) , B. A (Hons) U.Malaya, Dip.Ed. (MPI)

PN.ROSLINA BT SURATNU
(Pend. Islam)
B. A (Pend. Islam), M.A Sains Perpustakaan (U.Malaya)

CIK AZLINA BT ABDULLAH (Fizik)
B. Sc. Peng. Matematik & Fizik (U.Malaya)

CIK SAKINAH BINTI YUSOFF
(Matematik & Biologi)
B. Sc. Pendidikan Biologi (Kep.), UPM
PN NORRAHILA BINTI HJ SALLEH (Pend. Islam & Bahasa Arab)
B.A. Usuluddin, Dip. Pend. (U.Malaya)
PN KHAIRULAFDZAR BINTI AHMAD SHAH (Matematik & Kimia)
B.Sc & Education (Hons), Master In Principalship (Distinction) U.Malaya
CIK LATIFFAH BINTI ABDULLAH (Bahasa Jepun)
B.A.(Hons) Japanese (Meikai University)
EN NOR SUHAIME BIN SUKIRMAN (Sejarah)
B.A. (Hons) UKM
EN SHAHNOL BIN ROZANI (Guru Kaunseling)
B.A. Pngurusan Kerja Sosial (UUM)


Jumaat, 20 Mac 2009

PIBG







Koleksi Video

Larian Sepintar 2009




Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan LKP 2009




Majlis Graduasi 2008

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP