> SBPI Rawang: Pengurusan Hal Ehwal Murid SEPINTAR

Selasa, 24 Mac 2009

Pengurusan Hal Ehwal Murid SEPINTAR

Misi Sekolah Berasrama Penuh ialah sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampuan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.

Sejajar dengan visi SBP 'Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia' dan matlamat SBP menerusi Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015, kecemerlangan pengurusan murid hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:

  1. Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar
  2. Kes salah laku adalah sifar
  3. Sistem Rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan
  4. Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama
  5. Dewan Makan menepati piawaian Kualiti Dewan Makan SBP
  6. Program Jati Diri mencapai matlamat yang ditetapkan
  7. Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun
  8. Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun demi tahun

Sejajar dengan hasrat tersebut, fokus pengurusan Hal Ehwal Murid adalah:

  1. Menjana pelajar menjadi pemimpin yang berketrampilan selaras dengan visi SBP melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia' menerusi program-program kepimpinan dan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu jawatan sama ada di sekolah, kokurikulum dan asrama.
  2. Mewujudkan suasana asrama yang selesa dan kondusif ke arah menjadi asrama terbilang.
  3. Mengurangkan kes-kes disiplin dengan mewujudkan program-program bagi pelajar yang bermasalah.
  4. Memantapkan program jati diri dan sistem rumah.
  5. Mengurangkan permohonan murid keluar sekolah.



Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP