> SBPI Rawang: Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Khamis, 26 Mac 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidur Rasul 2009 telah selamat diadakan pada hari Rabu 28 Rabiulawal 1430H bersamaan 25 Mac 2009. Tema sambutan pada tahun ini ialah "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah". Majlis telah dimulakan lebih kurang pukul 3.30 petang dengan acara perarakan mengelilingi kawasan sekolah sambil berselawat. Acara diteruskan di dewan besar Al-Aqsa dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berserta terjemahannya oleh adik Wan Mohd Wafiy Wan Othman bersama adik Ahmad Nor Fikri bin Zainol. Diikuti dengan ucapan pengetua dan Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Ustaz Ghazali bin Omar (SMKA Kuala Selangor). Majlis diakhiri dengan persembahan kumpulan nasyid Fitrah Murni serta penyampaian hadiah pertandingan perarakan.

Menurut Setiausaha Program Ustazah Sharifah Mariah antara objektif program ini dijalankan ialah untuk:

  1. Mengingati kelahiran Rasulullah SAW.
  2. Sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW
  3. Mengamalkan ajaran Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan.
  4. Mencontohi akhlak Rasulullah SAW yang terpuji.
  5. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Ta'ala.

Beliau juga berharap agar semua warga Sepintar dapat menghayati falsafah sambutan ini diadakan iaitu dapat menambah baik kualiti kehidupan keseluruhannya, bukan tamat begitu sahaja sebaik tamatnya program ini.

Mudah-mudahan segala niat baik dan murni ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP