> SBPI Rawang: Senarai Barang Keperluan Sekolah & Asrama

Ahad, 22 Mac 2009

Senarai Barang Keperluan Sekolah & Asrama

  1. Baju kurung putih berpesak (cotton), labuhnya hingga ke lutut, hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang - Bilangan 3
  2. Kain biru muda (biru torquoise) dan bersusun tepi - Bilangan 2
  3. Tudung bulat / labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan berwarna putih tanpa sulaman dan serkup kepala berwarna putih - Bilangan 2
  4. Kasut kulit atau PVC hitam tidak bertali, tanpa corak dan berstokin putih tidak berbelang. Tumitnya tidak melebihi 1 inci - Bilangan 1
  5. Baju kurung batik berpesak , labuhnya hingga ke lutut,hujung lengan bercekak (1 inci lebar) dan berbutang untuk “outing” (dijual di kpoerasi sekolah) - Bilangan 1
  6. Kain rasmi (batik) dan bersusun tepi “outing” (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1
  7. Kain batik (bercorak sampin putera) dan bersusun tepi – pakaian jumaat (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 1
  8. Seluar panjang (track bottom) berwarna hitam / biru gelap lambang sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  9. Seluar slack hitam (bukan jenis jeans) - Bilangan 2
  10. Baju-T rumah sukan berlengan panjang. (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  11. Kasut kanvas putih dan berstokin putih - Bilangan 1
  12. Lencana sekolah dijahit kemas pada semua tudung putih (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  13. Cadar dan sarung bantal rasmi sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  14. Kelambu putih ukuran katil (jika perlu) - Bilangan 1
  15. Selimut rasmi sekolah (di jual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  16. Baju dan seluar tidur - Bilangan 2
  17. Baju kurung sebarang warna. Hujungnya bercekak - Bilangan 4/5
  18. Serkup dan tudung labuh 5 inci dari paras pergelangan tangan potongan rata atau bulat sebarang warna - Bilangan 2/3
  19. Stokin sebarang warna - Bilangan 2/3
  20. Kain batik - Bilangan 2
  21. Al-Quran terjemahan Rasm Othmani - Bilangan 1
  22. Yasin dan Tahlil - Bilangan 1
  23. Sejadah - Bilangan 1
  24. Tuala mandi - Bilangan 2
  25. Baldi plastik berukuran 1 kaki - Bilangan 1
  26. Selipar getah untuk ke bilik air - Bilangan 1
  27. Sandal bertali yang bersesuaian untuk kegunaan selain ke bilik air - Bilangan 1
  28. Thermos dan mug (jika perlu) - Bilangan1
  29. Sudu dan garfu - Bilangan 1
  30. Peralatan mandian dan peralatan membasuh
  31. Penyangkut dan penyepit baju
  32. Beg sekolah - Bilangan 1
  33. Berus dan alatan mengilat kasut - Bilangan 1
  34. Baju T-shirt rasmi sekolah (dijual di koperasi sekolah) - Bilangan 2
  35. Tanda nama mengikut warna rumah dipakai di sebelah kiri tudung.dan lencana sekolah dipakai di bawah tanda nama - Bilangan 3
  36. Gambar terkini berukuran passport - Bilangan 8
  37. Salinan Kad Pengenalan dan ibu bapa - Bilangan 5
  38. Salinan surat beranak - Bilangan 5
  39. Salinan sijil UPSR atau PMR - Bilangan 2
  40. Slip gaji ibu bapa

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP