> SBPI Rawang: Mei 2009

Khamis, 21 Mei 2009

Prodigy edisi ke 6 telah terbit!
kepada bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2008
boleh mendapatkan naskhah masing-masing
di pejabat sekolah.

Rabu, 20 Mei 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Pada4 dan 5 April 2009 seramai 45 orang guru yang menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sepintar telah mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Cameron Highlands. Kursus yang bertajuk "Pengurusan Strategik P&P Cemerlang" telah selamat dijalankan selama dua hari satu malam. Dalam kursus ini guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang masing-masing iaitu Bidang Kemanusiaan, Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Bidang Teknikal. Mereka dikehendaki merangka perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap panitia mata pelajaran yang bermatlamatkan kecemerlangan akademik pelajar dan juga kecemerlangan budaya kerja guru.

Kesempatan ini juga telah diambil oleh para guru untuk melawat kawasan pelancongan di sekitar Cameron Higlands. Selain berkursus, para guru-guru juga berpeluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan anggota keluarga masing-masing kerana sebahagian guru yang mengikuti kursus ini turut membawa ahli keluarga. Menurut Ustaz Kamilen Marzoki (Penolong Kanan Kurikulum) kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Menurut beliau lagi satu sesi kursus susulan sedang dirancang oleh beliau... dan destinasinya ialah LANGKAWI.


Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP