> SBPI Rawang: September 2009

Khamis, 3 September 2009

Majlis Pelancaran Peti Ekspresi Diriku

Majlis ini telah diadakan pada 2 September 2009 di Dewan Terbuka dengan tema 'Luahkan Isi Hati Anda kepada Orang yang betul dengan Cara yang Betul'.


Dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu usaha pembaharuan atau rebranding Peti Suara Hatku yang bertujuan membolehkan pelajar meluahkan isi hati sama ada berbentuk aduan, pelepasan emosi dan cadangan dengan cara yang betul, kepada orang betul, pada masa yang betul. Penyempurnaan perasmian dijalankan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Sepintar dihadiri semua warga SEPINTAR.



Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP