> SBPI Rawang: Januari 2010

Jumaat, 29 Januari 2010

Mentor Mentee 1

Program mentor mentee merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh unit kaunseling SEPINTAR dalam usaha mendekatkan diri para pelajar dengan guru-guru. Melalui program ini, aktiviti yang telah ditetapkan akan dijalankan oleh guru-guru bersama pelajar dalam kumpulan kecil. Program ini dijalankan di awal pagi, bermula jam 7.10 pagi.

Barisan Kaunselor SEPINTAR



Guru ceria, pelajar ceria.


Gaya seorang coach masih dikekalkan di setiap situasi.

Perbincangan yang dijalankan didalam kumpulan mentor mentee.

Penataran Ilmu

Seperti kebiasaannya, setiap hari Khamis bermula jam 2.30 petang majlis Penataran Ilmu diadakan bersama semua guru. Pada hari ini penerangan diberikan oleh Pn Azalina berkenaan topik-topik yang akan dikupas dalam minggu-minggu mendatang dari buku yang bertajuk,
Guru Jutawan Akhirat.

Guru-guru tekun mendengar penerangan yang disampaikan.

Barisan pentadbir turut sama dalam majlis ilmu.

Khamis, 28 Januari 2010

Pesta Larian SEPINTAR ke-8 2010

Pada 29 Januari 2010 telah berlangsung satu lagi acara besar dalam takwim sekolah, Pesta Larian SEPINTAR 2010. Laporan penuh boleh didapati di laman blog kokurikulum SEPINTAR.
Wajah-wajah ceria peserta bersama Pn Siti Rohani, ketua guru rumah hijau.

Senamrobik yang dikelolakan oleh Kelab KOGAR SEPINTAR sebelum memulakan acara.

Sebelum pelepasan, semua peserta berdoa memohon perlindungan ilahi.

Penyokong-penyokong Fanatik...

Taklimat oleh Pengarah Projek..macam menari pulak Cikgu Iskandar ni..

Isnin, 25 Januari 2010

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan LKP 2010

25 Januari 2010, telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Lembaga Kepimpinan Pelajar sessi 2010. Majlis ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR. Berlangsung di Dewan Al-Aqsa tepat jam 7.30 pagi dan tamat pada pukul 8.30 pagi. Guru-guru penasihat diberikan mandat untuk membacakan nama-nama penerima manakala sijil-sijil watikah disampaiakan oleh Tuan Haji Kamilen b Marzoki,
PK SEPINTAR dan Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR.

Ucaptama oleh Ketua Umum SEPINTAR 2010

Barisan LKP Putera

Barisan LKP Puteri

Pn Hjh Senaini meyampaikan sijil-sijil.

Tn Hj Kamilen menyampaikan sijil-sijil.

Sabtu, 23 Januari 2010

Al-Fatihah... Sembah Takziah Kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor Darul Takzim

Al-Fatihah... Sembah Takziah Kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor Darul Takzim.


Khamis, 14 Januari 2010

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2010

Selamat Datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru Tingkatan 1. Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1 2010 telah diadakan pada 11 Januari 2010 bertempat di Dewan Al-Aqsa. Seramai 71 orang pelajar telah mendaftar.



Meja-meja khas disediakan di dewan untuk kegunaan pelajar dan ibubapa mengisi borang-borang.

Satu majlis taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah juga telah diadakan bagi memberi penerangan serba sedikit tentang perjalanan pelajar di SEPINTAR.

Selasa, 5 Januari 2010

Majlis Taklimat dan Dialog bersama Ibubapa 2010















Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah...bertemu lagi kita untuk sessi persekolahan yang baru, sessi 2010.

Pada 3 Januari 2010, telah berlangsung Majlis Dialog dan Taklimat bersama ibubapa 2010 bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Majlis ini diadakan bersempena dengan Majlis Pendaftaran pelajar yang juga berlangsung pada hari itu. Majlis pendaftaran berlangsung dari jam 2 petang sehingga jam 6 petang dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para ibubapa. Taklimat telah disampaikan oleh barisan pentadbir SEPINTAR. Ibubapa juga berkesempatan untuk mengutarakan persoalan pada majlis tersebut.















Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP