> SBPI Rawang: Februari 2010

Ahad, 28 Februari 2010

Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul


Pada 26 Februari 2010 yang lepas, satu ceramah Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid Al-Qadisiah. Penceramah jemputan adalah Ust Ramli dari UniKL. Antara isi ceramah beliau adalah bagaimana bagi kita sebagai umat Islam menyayangi Nabi Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan adab-adab dalam kehidupan seharian kita. Harapan pihak sekolah agar semua warga SEPINTAR dapat menghayati Maulidur Rasul dengan pengisian program-program seperti ini.

Rabu, 24 Februari 2010

Perjumpaan Kelab dan Persatuan Mingguan

Salah satu aktiviti mingguan kokurikulum, perjumpaan Kelab Komputer MULTICOM. Pengisian hari ini adalah mengenali komponen komputer dan cara pemasangan yang telah di demonstrasikan oleh Saudara Shahirul dan Saudara Abdul Rahman. Ahli-ahli kelab diberi pendedahan dan berkongsi ilmu dengan ahli yang lain.


Isnin, 22 Februari 2010

Mesyuarat PPSMI dan ICT kali-1 2010

Mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari 2010 bertempat di Makmal Komputer 1 dihadiri oleh barisan pentadbir dan guru-guru PPSMI serta seorang fasilitator schoolnet. Mesyuarat untuk kedua-dua unit digabungkan serentak memandangkan saling hubung kaitannya antara kedua-dua unit. Pn Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dimulakan dengan agenda PPSMI dan diikuti dengan agenda ICT. Pengerusi menekankan bahawa perancangan PPSMI masih perlu diteruskan serta pembudayaan ICT dikalangan warga sekolah perlu dipertingkatkan. Bagi pihak PPSMI, Pn Shajaratuddur telah membentangkan analisis penggunaan serta cadangan bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris oleh guru-guru sains dan matematik. Bagi pihak ICT, En Amirnudin membentangkan rancangan naik taraf infrastruktur rangkaian, penyelenggaraan dan laman web. En Zamri juga telah memberi komitmen ke arah menjayaan program Buddy Support System. Mesyuarat yang bermula jam 3.00 ptg ini telah tamat tepat jam 5.00 petang.


Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Usrah

Serentak dengan perhimpunan pagi mingguan SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Usrah 2010. Senarai penerima dibacakan oleh Ust Kosim dan disampaikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Sepintar. Semoga amanah yang diberi dipayungi rahmat ilahi.

Kem Survival Kepimpinan LKP SEPINTAR 2010

Alhamdulillah, pada 19-21 Februari yang lepas para Lembaga Kepimpinan Pelajar telah selamat menjalani Kem Survival Kepimpinan yang diadakan di perkarangan sekolah. Kem ini bertujuan melatih para pemimpin LKP untuk bekerja dalam pasukan dan membentuk individu yang mempunyai jati diri yang tinggi. Kem ini telah diisi dngan pelbagai program yang telah diatur oleh fasilitator yang berkaliber. Sepanjang tempoh kem dijalankan, pelajar Putera dan Puteri telah berkhemah di kawasan padang hadapan sekolah. Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Pn Hjh Maimunah Ismail, PK HEM Sepintar.


Khamis, 18 Februari 2010

Sepintar Majlis Tadarus Al Quran peringkat sekolah

Majlis MTQ merupakan acara wajib sekolah dalam mencari bakat untuk dibawa ke peringkat daerah. Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan Syarahan Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab serta pertandingan tulisan Jawi dan Khat. Majlis ini diadakan bermula jam 3 petang.


Para peserta menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan yang dipertandingkan.


Syabas kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah meluangkan masa mengadili para peserta.

Ahad, 14 Februari 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Pada 12 Februari 2010, telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SEPINTAR kali ke-8
di Dewan Al-Aqsa. Majlis bermula jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR dan dipengerusikan oleh
Tn Hj Zulkifli Baharom selaku YDP PIBG SEPINTAR. Pelbagai isu dan usul telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Tn Hj Kamilen juga telah menyampaikan taklimat bagi pihak pentadbir sekolah untuk menerangkan kepada ibubapa perjalanan dan pengurusan pelajar SEPINTAR.
Sebelum Mesyuarat bermula, para ibubapa dan guru mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang disediakan di pintu masuk dewan.

Tn Hj Zulkifli menyampaikan Pingat Emas sumbangan En Zulmazran, Jaguh Boling Negara kepada sekolah bagi meningkatkan semangat kesukanan dan kecemerlangan warga SEPINTAR. Pn Hjh Senaini menerima sumbangan bagi Pihak Sekolah.

Para ibubapa dan guru tekun mendengar perbincangan yang sedang berlangsung.

Rabu, 10 Februari 2010

Kerja-kerja Penambahbaikan Rangkaian Schoolnet

Bermula 9 Februari yang lepas, kerja penambahbaikan Rangkaian Schoolnet sedang giat dijalankan oleh kontraktor Bayutronik yang melibatkan penukaran kabel CAT-5 ke CAT-6, pemasangan fiber optik dan pemasangan switch serta Access Point. Diharapkan dengan penambahbaikan ini rangkaian Schoolnet boleh digunakan secara optimum.

Kabet CAT-6 yang dikatakan boleh meningkatkan kapasiti capaian internet.

Kerja-kerja pemasangan di makmal 2 yang masih kosong

Taklimat Tender Kebersihan Bangunan dan Kawasan


SEPINTAR pada hari ini telah menjadi tuan rumah untuk Taklimat Tender Kebersihan Bangunan dan Kawasan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Putrajaya. Dianggarkan sekolah menerima lebih dari 800 orang pelawat dan telah berlangsung di Dewan Al-Aqsa. Para pelawat juga terpaksa meletakkan kereta di sepanjang jalan masuk dan di luar pagar sekolah kerana bilangan kenderaan yang terlampau banyak.




Isnin, 8 Februari 2010

Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4

Pada 7 Februari yang lepas telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 bagi menandakan tamatnya Program Silaturrahim T4. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan dihadiri Pn Maimunah, guru-guru dan pelajar. Program ini bermatlamat supaya semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri, mengawal emosi dan dapat menyelesaikan masalah melalui saluran yang betul untuk kekal menjadi pelajar SEPINTAR yang aktif, cergas dan berwibawa. Memetik kata Tuan Pengetua dalam ucapan beliau, selepas dari hari ini tiada lagi istilah pelajar tingkatan 4 baru dan semua akan dilayan sama sahaja.


Pelbagai tema persembahan telah ditonjolkan antaranya sketsa, debat dan nasyid. Persembahan-persembahan ini dilihat dapat menambahkan keserasian semua pelajar tingkatan 4.

Barisan juri yang mengadili persembahan pelajar kelihatan ceria dan bersemangat.


Tuan Pengetua berbesar hati menyampaikan hadiah berbentuk hamper kepada pemenang-pemenang.

Sabtu, 6 Februari 2010

Lawatan Benchmarking Unit ICT ke SMK Rawang

Diadakan pada 5 Februari 2010, disertai oleh 2 guru dan 7 ahli Kelab MulticomSEPINTAR. SMK Rawang dipilh sebagai destinasi kerana Makmal Komputer SEMEKAR telah dipilih sebagai Naib Johan Makmal Komputer Terbaik Selangor 2009. Lawatan ini diadakan bertujuan mencari idea baru untuk keceriaan makmal dan memberi pendedahan kepada ahli kelab MULTIKOM tentang sumbangan mereka kepada sekolah. Antara keistimewaan SEMEKAR yang dapat dilihat adalah adanya Kiosk Sekolah yang disediakan oleh pelajar sendiri. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada Tuan Pengetua SEMEKAR dan En Shahbani, Guru ICT yang telah sudi menerima kunjungan kami.





Jumaat, 5 Februari 2010

Program NILAM 1

Ke arah menjadikan membaca sebagai tabiat pelajar di mana-mana dan pada bila-bila masa merupakan salah satu objektif program NILAM. Seperti yang telah di jadualkan, program perhimpunan NILAM telah berjalan lancarpada pagi ini dan disamping pelajar, guru-guru juga turut sama menyertai program ini


Diharapkan dengan adanya program seperti ini, budaya membaca yang tinggi dapat dipupuk di kalangan pelajar dan guru.

Khamis, 4 Februari 2010

Perhimpunan Asrama 1

Bagi memantapkan Pengurusan Asrama, pihak Jawatankuasa Warden telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Perhimpunan Asrama sebagai salah satu saluran penyampaian maklumat kepada pelajar. Perhimpunan yang diadakan pada 3 Februari 2010 ini merupakan perhimpunan pertama dan diadakan di dua lokasi iaitu putera di Dewan Makan dan puteri di Masjid Al-Qadisiah. Barisan Exco turut di beri peluang untuk menyuarakan isi hati mereka dalam perhimpunan ini.

Pn Hjh Maimunah sedang menyampaikan ucapan penutupan dan menerangkan kepada penghuni bahawa perhimpunan ini bukan bertujuan menyebut kesalahan-kesalahan pelajar, tetapi kebaikan dan pencapaian yang membanggakan oleh setiap penghuni juga akan disebut dalam perhimpunan akan datang.

Rabu, 3 Februari 2010

Pelaksanaan POC Dedicated Gateway Aplikasi HRMIS

Makmal Komputer SEPINTAR telah menerima kunjungan Pegawai-Pegawai dari GITN, KPM dan BTP untuk melaksanakan Dedicated Gateway bagi mengintegrasikan rangkaian Schoolnet dengan rangkaian EG Net di Kementerian Pelajaran Malaysia. Proof of Concept (POC) ini telah berjalan lancar walaupun cuma lebih kurang 6 biji PC sahaja yang boleh beroperasi. Program bermula jam 9 pagi dan tamat jam 12 tghari.


Pihak sekolah berbesar hati kerana dapat memberi kerjasama ke arah kejayaan program ini.

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sepintar 2010

Ahlan Wa Sahlan...warga SEPINTAR ucapkan kepada ahli keluarga baru kami yang baru sahaja mendaftar pada 2 Februari 2010. Sessi pendaftaran telah diadakan bermula jam 9 pagi dan diselitkan dengan Sessi Taklimat dan salam perkenalan bersama pihak pentadbir SEPINTAR. Seramai 61 orang pelajar telah mendaftar dan majoriti adalah putera dengan puteri seramai lebih kurang 17 orang sahaja.



Kaunter yang disediakan untuk proses pendaftaran
Para ibubapa menggunakan meja yang disediakan

Ibubapa tekun mendengar taklimat

Penyerahan simbolik kepada wakil ibubapa

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP