> SBPI Rawang: Pelancaran Program NILAM 2010

Isnin, 1 Februari 2010

Pelancaran Program NILAM 2010


Pelancaran Program NILAM 2010 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR bermula jam 7.10 pagi dan tamat jam 8.05 pagi. Majlis dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar SEPINTAR. Majlis yang dianjurkan oleh Unit PSS ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Tuan Pengetua SEPINTAR. NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP