> SBPI Rawang: Lawatan Penanda Aras LKP ke KISAS SBT

Rabu, 24 Mac 2010

Lawatan Penanda Aras LKP ke KISAS SBT

Pada 24 Mac 2010, LKP telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke KISAS SBT yang antara lain bertujuan mengetahui rahsia serta berkongsi idea dalam menjadikan LKP sebuah badan yang disegani. Rombangan kami disambut oleh Tn Hj Mohd Ismail Mahmood, PK HEM KISAS SBT. Sebelum memulakan program, kami dijemput ke Dewan Makan untuk menjamu selera dan seterusnya mendengar ucapan selamat datang oleh Tn Hj Mohd Ismail Mahmood. Beliau menekankan bahawa modul yang diguna pakai di KISAS adalah Kepimpinan Terarah dan Berwatak. Tn Hj Abdullah b Jusoh turut hadir bagi memberikan ucapan penutup di akhir sessi kami. Terima kasih diucapkan kepada pihak KISAS yang telah sudi menerima kedatangan pihak kami walau seketika.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP