> SBPI Rawang: Majlis Penutup Kejohanan Kriket SBP Zon Tengah

Isnin, 8 Mac 2010

Majlis Penutup Kejohanan Kriket SBP Zon Tengah

Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini akhirnya melabuhkan tirainya pada petang Ahad, 7 Mac 2010. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Shukor bin Idrus, ADUN Kuang. Dalam majlis ini juga, medal dan sijil telah disampaikan kepada pemenang-pemenang. Tempat Pertama telah diungguli oleh Sekolah Alam Shah, Tempat Kedua pasukan dari SBPI Sabak Bernam, Tempat Ketiga diduduki oleh pasukan tuan rumah SBPI Rawang manakala Tempat Keempat SBPI Rawang. Syabas kepada pasukan yang berjaya.
Pasukan Sekolah Alam Shah dan Pasukan SBPI Sabak Bernam

Pasukan SBPI Rawang dan Pasukan SBPI Gombak

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP