> SBPI Rawang: April 2010

Isnin, 26 April 2010

Majlis Penyerahan Pelajar Thailand

Pada pagi ini telah berlangsung suatu majlis bersejarah yang merupakan satu amanat besar oleh kerajaan Thailand kepada kerajaan Malaysia. SEPINTAR telah menerima kedatangan 28 orang pelajar Thailand yang akan meneruskan pembelajaran disini selama lebih kurang 6 tahun. Pelajar-pelajar ini telah tiba seawal 4 pagi dan disambut oleh Pemimpin Pelajar. Upacara penyerahan simbolik ini dihadiri wakil-wakil dari Kementerian Pelajaran Thailand yang juga meluangkan masa melawat penempatan pelajar-pelajar ini di asrama. Insyaallah program ini akan mencapai matlamat hingga ke akhirnya dengan jayanya.

Khamis, 22 April 2010

Program Integrasi Ilmu SMK Paloh, Johor


Pada pagi ini, SEPINTAR telah menerima kunjungan seramai lebih kurang 70 orang pelajar diiringi guru dan penolong kanan dari SMK Paloh. Program ini diadakan di Dewan Al-Aqsa dan diselitkan dengan beberapa aktiviti antaranya tayangan multimedia serta perbincangan yang dikendalikan oleh PRS SEPINTAR. Semoga ilmu yang baik dapat dikongsi bersama untuk kejayaan bersama.

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

Pada 21 April 2010 telah berlangsung pertandingan kawad kaki antara unit beruniform peringkat sekolah. Pertandinga yang berlangsung dari jam 3 petang telah diadili oleh hakim jemputan dari luar. Sebanyak 4 pasukan putera dan 4 pasukan puteri telah bertanding dalam pertandingan pada kali ini. Ucapan penutupan dan hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR. Pasukan KRS telah mengungguli kedua-dua kategori putera dan puteri. Naib johan putera jatuh kepada Pasukan Bulan Sabit Merah manakala Naib Johan Puteri jatuh kepada Pasukan Puteri Islam. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah bertanding.

Isnin, 19 April 2010

Lawatan Kerja Warden SEPINTAR ke Kota Kinabalu

Pada 16 April 2010 yang lepas, sekumpulan 10 warden termasuk Pn Hjh Maimunah Ismail, PK HEM SEPINTAR telah berangkat ke Kota Kinabalu untuk mengadakan lawatan kerja sehingga 18 April 2010. Pihak kami amat berbesar hati kerana mendapat kejasama dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) melalui UMS-Link dari segi pengangkutan kami di sana. Jadual program diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya melawat UMS, Sekolah Menengah Sains Sabah, UMS-Outdoor Development Center, pendakian singkat Gunung Kinabalu dan Poring Hot Spring.

Pihak majlis waden mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dalam memastikan kelancaran program ini.

Isnin, 12 April 2010

Minggu Apresiasi Seni Islam

Pada 8 hingga 11 April 2010, sekolah kita telah mengadakan Minggu Apresiasi Seni Islam dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid serta Unit BADAR. Sebanyak 15 pertandingan dan 2 aktiviti telah diadakan sepanjang MAKSIS berlangsung. Tema bagi MAKSIS pada tahun ini ialah "Seni Islam Merentas Zaman". Antara aktiviti yang diadakan ialah marhaban, nasyid, karaoke, sajian nur kasih dan explorace. Majlis penutupan telah diadakan pada 11 April yang dirasmikan oleh Pn Hjh Maimunah Ismail.

Rabu, 7 April 2010

Majlis Tadarus al-Quran Daerah Gombak 2010

SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah pertandingan MTQ daerah Gombak tahun 2010. Antara acara yang dipertandingkan adalah Syarahan Agama, Bercerita, Hafazan Menengah, Hafazan Rendah serta Tilawah. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman blog kokurikulum SEPINTAR. Majlis perasmian penutup oleh Ustaz Omar.

Selasa, 6 April 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tadarus al-Quran Daerah Gombak


Satu Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang dihadiri Ust Omar, Wakil PPD serta Jawatankuasa program. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan persiapan akhir tuan rumah sempena pertandingan MTQ yang akan diadakan esok.

Soal Selidik Penggunaan Bahasa Melayu oleh FBMK UPM

Satu kaji selidik tentang penggunaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM akan diadakan bermula jam 9.30 pagi. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 2 dan 50 orang pelajar Tingkatan 4 telah dipilih sebagai sampel. Kaji selidik ini diadakan di Pusat Sumber SEPINTAR.

Hari Sukan SEPINTAR

Kejohanan yang berlangsung pada 4 April 2010 ini telah diadakan buat julung kalinya di Stadium MPS Selayang. Dirasmikan oleh Tn Hj Zulkifli Baharom,YDP PIBG dan ibu bapa turut hadir memeriahkan temasya kali ini. Juara keseluruhan dimenangi oleh Rumah Kuning manakala Naib Juara adalah Rumah Hijau. Selain acara olahraga, pertandingan kawad rumah turut dikira dalam pengiraan markah keseluruhan. Sila layari Blog Kokurikulum untuk maklumat lanjut.

Khamis, 1 April 2010

Sukantara SEPINTAR

Sebagai persiapan ke arah Sukan Sekolah yang akan diadakan pada 4 April 2010 di Stadium Selayang, pihak sekolah telah menganjurkan Sukantara di Padang SEPINTAR. Acara ini juga sebagai salah satu langkah menambah markah untuk ke dalam sistem rumah. Berlangsung dari 30 dan 31 Mac  2010 diadili oleh guru-guru yang berdedikasi.

Program Motivasi Penyayang bersama SK Sg Buaya

Pada 31 Mac 2010, SEPINTAR telah menerima kunjungan pelawat-pelawat cilik dari SK Sungai Buaya. Mereka telah dibawa melawat perkarangan sekolah dan asrama. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah perbincangan dalam kumpulan bersama pelajar-pelajar SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP