> SBPI Rawang: Latihan Pengungsian Bangunan(Fire Drill) ASRAMA

Sabtu, 8 Mei 2010

Latihan Pengungsian Bangunan(Fire Drill) ASRAMA


Penghuni-penghuni ASPURA dan ASPURI pada pagi ini dikejutkan dengan bunyi siren kebakaran dan arahan petugas untuk mengosongkan bangunan. Ini merupakan salah satu komponen sekolah selamat yang penting dan wajib dijalankan. Bermula seawal jam 3 pagi dan tamat lebih kurang jam 4.30 pagi. Program ini telah dikelolakan oleh En Shahnol dengan kerjasama Pasukan Bomba Batu Arang serta sokongan barisan warden. Latihan ini antara lain bertujuan memastikan penghuni sentiasa bersedia dalam menghadapi kecemasan. Secara keseluruhannya, latihan ini telah berjaya dijalankan walaupun pergerakan pelajar boleh dikatakan sedikit perlahan.
Antara mangsa yang rentung dalam latihan ini. Namun mereka masih ceria di bawah embun pagi.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP