> SBPI Rawang: Majlis Penutup Karnival Pusat Sumber dan Hari Buku SEPINTAR

Ahad, 23 Mei 2010

Majlis Penutup Karnival Pusat Sumber dan Hari Buku SEPINTAR

Pada 22 Mei 2010, telah diadakan Majlis Penutupan Karnival yang telah berlangsung dari 10 Mei sehingga 17 Mei. Karnival yang bertemakan "Celik Maklumat Merangsang Kecemerlangan Akademik" ini mensasarkan semua pelajar, guru dan staf sokongan SEPINTAR. Antar aktiviti yang telah dijalankan adalah menghasilkan karya kreatif, bercerita, folio, pertandingan meja, dan permainan scrabble. Lawatan ke PSS contoh iaitu SMK Rawang juga telah diadakan. Hadiah telah disampaikan kepada para pemenang pada majlis ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP