> SBPI Rawang: Science, Mathematics and English in Camp (SMATEIC)

Ahad, 9 Mei 2010

Science, Mathematics and English in Camp (SMATEIC)

Pada 8 Mei 2010 yang lalu, Program Science, Mathematics and English in Camp (SMATEIC) telah diadakan. Program ini antaranya bertujuan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris serta memupuk minat dalam penggunaan Bahasa Inggeris yang menghiburkan dan bermakna. Secara tak langsung suatu suasana pembelajaran Bahasa Inggeris yang kondusif dapat diwujudkan di SEPINTAR. Antara program yang telah dijalankan adalah Spell It Right, G Maths, Science Quiz dan Drama Competition. Program ini merupakan kerjasama Guru-guru dari Bidang Sains, Matematik dan Bahasa.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP