> SBPI Rawang: SEPINTAR Johan Pertandingan Kawad Kaki BBSM Daerah Gombak

Selasa, 18 Mei 2010

SEPINTAR Johan Pertandingan Kawad Kaki BBSM Daerah Gombak

Pada 15 Mei 2010, Pasukan Bulan Sabit Merah Sekolah telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki BBSM Peringkat Daerah Gombak di SMK Taman Melawati. Pasukan Kawad kaki Puteri telah muncul sebagai Johan dan Pasukan Kawad Terbaik Keseluruhan dalam pertandingan ini. Mohd Hadzim Ikram pula telah dianugerahkan Ketu Platun Terbaik Pasukan Putera. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kawad Kaki BBSM SEPINTAR dan semoga maju jaya di peringkat lebih tinggi.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP