> SBPI Rawang: Jun 2010

Rabu, 30 Jun 2010

Majlis Penutup Hari Koperasi SEPINTAR 2010


Pada pagi ini telah berlangsung satu majlis penutup yang menandakan berakhirnya minggu koperasi SEPINTAR. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Armi Zainudin, Naib Yang Dipertua ANGKASA bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pelajar dan koperator sekolah. Dikesempatan ini juga, beliau telah merasmikan gelanggang petanque SEPINTAR dimulakan dengan upacara menanam pokok bersebelahan dengan gelanggang petanque. Majlis diserikan dengan persembahan pelajar dan multimedia.

Selasa, 29 Jun 2010

Minggu Koperasi Sekolah 2010


Sekitar Minggu Koperasi Sekolah yang berlangsung sepanjang minggu lepas dan pesta jualan yang diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2010.

Selasa, 22 Jun 2010

Program ICT Bersama Komuniti Dun Kuang

Program ini dijalankan pada 17 Jun 2010 bertempat di Makmal Komputer 1 SEPINTAR. Program ini dirangka atas tuntutan sosial yang mana harus dipenuhi oleh Fasilitator SchoolNet. Program ini melibatkan seramai 20 orang penduduk di DUN Kuang dalam lingkungan usia 15 hingga 60 tahun. Program ini antara lain dapat memberi pendedahan kepada para peserta kursus mengenai kepentingan ICT dalam mempermudahkan urusan seharian, selaras dengan hasrat kerajaan dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bermaklumat.

Isnin, 21 Jun 2010

Gelanggang Petanque SEPINTAR

Pihak sekolah dengan kerjasama Pihak Koperasi telah berjaya membina dua gelanggang Petanque untuk kegunaan pelajar SEPINTAR. Ini juga bersempena Hari Koperasi sekolah yang sedang berlangsung.

Sedikit Sejarah Sukan ini, ia dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan.

Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri . Menakjubkan. Kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam , Jepun dll.

Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof Diraja Ungku Abdul Aziz ( Naib Canselor UM) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak ( ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia ) pada 22 Mac 1990 di Padang Jalan Timur , petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA.

ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanq antara koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi. Pemenang telah dibawa keluar negara untuk bertanding.

1.0 Peralatan Petanq



( a ) Bola - mesti menepati The Federation Internationali de Petanq et Jeu Provecal


( b ) Jek( Cochonnets) - bola bulat kecil dicat dan menentukan bola yang paling hampir


( c ) Pita Pengukur


2.0 Mata- Bola besi yang paling banyak berhampiran dengan jek dianggap pemenang

Marilah kita bermain dengan permainan kaum bangsawan ini. Dengan adanya Gelanggang ini, diharapkan SEPINTAR dapat melahirkan ramai Jaguh Petanque negara.
 

Jumaat, 4 Jun 2010

Program PKA Jun 2010

Pada hari ini bermulalah program PKA sempena cuti pertengahan semester. Program pada kali ini lebih istimewa kerana melibatkan pelajar SEPINTAR dari Tingkatan 2 hingga 5. Antara lain bertujuan memastikan fokus pelajar dapat dikekalkan walaupun semasa cuti persekolahan. Program ini dijadualkan tamat pada hari Rabu, 8 Jun 2010.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP