> SBPI Rawang: Februari 2011

Sabtu, 26 Februari 2011

Bicara Ilmu bersama Prof Dr Hasan Basri

Prof.Dr. Hasan Basri dari Cairo Universiti Mesir bertandang ke Masjid al-Qadisiah SEPINTAR untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama jemaah pelajar dalam slot Kuliah Maghrib.

Program Kepimpinan Kokurikulum SEPINTAR


Unit Kokurikulum SEPINTAR mengadakan Program Kepimpinan Kokurikulum di Bukit Broga Ulu Semenyih, Selangor pada 25/2/2011, seramai 30 orang pelajar (15 lelaki dan 15 perempuan) dan 6 orang guru turut serta menjayakan program tersebut.

Aktiviti yang dijalankan ialah mendaki Bukit Broga (1.7km), Aktiviti Dalam Kumpulan, Penyelesaian Masalah dan Pembentangan Hasil Perbincangan.

Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2011


 Seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai pertandingan ini yang telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam. Keputusan pertandingan Kontijen SEPINTAR telah menduduki tempat ke-4 dalam kategori Sepanduk dan tempat ke-6 bagi kategori Perarakan. Syabas diucapkan kepada semua peserta.

Laporan : Sharipah Mariah Syed Hussin (KP Pendidikan Islam)

Jumaat, 25 Februari 2011

Aktiviti Senamrobik Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR

 Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR telah membuat perancangan aktiviti ini yang dilihat sebagai aktiviti riadah ahli-ahli pada setiap hari Khamis bertempat di Dewan Al-Aqsa. Aktiviti ini diketuai oleh En.Kamarul yang merupakan Juruteknik Komputer di sini. Walaupun setakat ini cuma 6 orang sahaja yang menyertai aktiviti ini namun ini tidak melunturkan semangat peserta. Diharap penyertaan akan bertambah dari semua peringkat.

Kejohanan Hoki SBP Zon Tengah 2011

SEPINTAR menghantar penyertaan 2 Pasukan Hoki (Lelaki Dan Perempuan) ke Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah 2011 di Stadium Hoki Pandamaran pada 23-24 Februari 2011.

Rabu, 23 Februari 2011

Kejohanan Golf MSSD Gombak 2011

SEPINTAR menghantar penyertaan ke Kejohanan Golf Peringkat Daerah Gombak 2011 bertempat di Padang Golf SMK Bukit Indah, Ampang, Selangor.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

1. Amin Asyraf Bin Mohamad Suhaimi : Tempat Ke 4 (Bawah18 Tahun Lelaki) dari 22 penyertaan
2. Munirah Najah Binti Mohamad Sade : Tempat Ke 4 (Bawah 18 Tahun Perempuan) dari 23 penyertaan.
3. Lina Dalila Binti Che Othman : Tempat Ke 6 (Bawah 15 Perempuan)

Isnin, 21 Februari 2011

Pelancaran Program NILAM 2011

Diadakan serentak dengan perhimpunan rasmi dan diselitkan dengan persembahan pelajar. Pelancaran ini bertujuan meningkatkan minat membaca warga SEPINTAR dan pelajar SEPINTAR khasnya.

Ahad, 20 Februari 2011

Seminar Pengurusan Pusat Sumber SEPINTAR

Kelab Pusat Sumber SEPINTAR mengadakan Seminar Pengurusan Pusat Sumber di Perpustakaan FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan) Kepong, Selangor pada 19/2/2011.

Seminar disampaikan oleh Encik Mohamad Zaki Bin Haji Mohd.Isa Ketua Perpustakaan FRIM

Sabtu, 19 Februari 2011

Majlis Konsultasi dan Akujanji 2011






SEPINTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis yang telah diadakan dengan jayanya pada Sabtu, 19 Februari 2011. Sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa benar-benar menaikkan semangat semua warga SEPINTAR. Dalam majlis ini, taklimat turut disampaikan oleh Pn Pengetua dan Penolong Kanan. Calon-calon SPM dan PMR turut melafazkan ikrar mereka di majlis ini.

Projek Taman Herba

 Tn Hj Nordin dari UPM telah bertandang ke SEPINTAR bagi membuat site survey untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam menaiktaraf Projek Taman Herba SEPINTAR. Kehadiran beliau adalah hasil kerjasama pihak PIBG.

Rabu, 16 Februari 2011

Ceramah Maulidur Rasul oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan

Sempena Maulidur Rasul pada 15 Februari 2011, warga SEPINTAR tidak ketinggalan mengimarahkan masjid dengan menghadiri kuliah dhuha yang telah disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar Mulkan. Kuliah yang bertujuan menguatkan lagi rasa kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w telah mendapat sambutan yang memberangsangkan warga SEPINTAR. Semoga kuliah seumpama ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang. Disudahi dengan Selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Isnin, 14 Februari 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Warga SEPINTAR mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Ahad, 13 Februari 2011

Kejohanan Merentas Desa MSSD Gombak 2011

Acara Kejohanan Merentas Desa MSSD Gombak 2011 telah berlangsung di SMK Bandar Tasik Puteri pada 12/2/2011. SEPINTAR telah menghantar 30 orang penyertaan di dalam acara Lelaki bawah 15 dan 18 serta acara Perempuan bawah 15 dan 18 tahun.

SEPINTAR hanya berjaya mendapat tempat ke 18 dalam acara Perempuan Bawah 18 Tahun.

Isnin, 7 Februari 2011

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 sesi 2011




SEPINTAR pada hari ini menerima pelajar-pelajar baru Tingkatan 4 untuk sesi 2011 dan majlis telah diadakan di Dewan Al-Aqsa. Pihak pentadbir SEPINTAR telah memberi taklimat kepada ibubapa dan pelajar untuk memberi penjelasan awal suasana di SEPINTAR. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya mendaftarkan diri di SEPINTAR.

Jumaat, 4 Februari 2011

Kursus Kepimpinan Lembaga Kepimpinan Pelajar


Lembaga Kepimpinan Pelajar sesi 2011 telah mengikuti kem Kepimpinan yang telah diadakan di De Congkak Forest Resort bermula 28 hingga 30 Januari 2011. Kem ini antara lain adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan jati diri ahli-ahli LKP.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP