> SBPI Rawang: Mac 2011

Khamis, 31 Mac 2011

Perlawanan Persahabatan Bolasepak di SMAP Kajang

 31 Mac 2011, Satu perlawanan persahabatan telah diadakan di  bagi persediaan Pasukan Bola Sepak SEPINTAR ke Kejohanan Bola Sepak Daerah Gombak minggu hadapan. Perlawanan berlangsung dalam suasana yang sungguh mesra dan diharapkan perlawanan ini dapat meningkatkan mutu permainan pemain-pemain.

Isnin, 28 Mac 2011

Pelancaran BP Myscience Project SEPINTAR

28 Mac 2011, telah berlangsung Majlis Pelancaran BP Myscience Project peringkat sekolah pada pagi ini bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR dan beliau juga telah menyempurnakan simbolik pelancaran program. Antara objektif program ini adalah bagi memberi kelebihan kepada komuniti di mana BP beroperasi melalui pendidikan, menerapkan pembelajaran Sains, Matematik dan Alamsekitar secara menarik dan kreatif.

Khamis, 24 Mac 2011

Kedudukan SEPINTAR dalam SPM 2010

Kedudukan SEPINTAR mengikut ranking Sekolah Berasrama Penuh. Klik untuk enlarge.

Lawatan ke Muzium Negara sempena French Language Week 2011

Pada 23 Mac 2011, seramai 37 orang pelajar bahasa Perancis telah menyertai satu program yang telah dianjurkan oleh kedutaan Perancis bersama Kementerian Pelajaran Malaysia di Muzium Negara sempena French Language Week 2011 (Francophonie 2011). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan komuniti Perancis. Di samping itu, pelajar juga dapat menambah pengetahuan mereka tentang sejarah Malaysia.

SEPINTAR di Harian Metro 23 Mac 2011


Petikan dari tabloid Harian Metro Rabu, 23 Mac 2011 memaparkan aktiviti pelajar SEPINTAR bersama siswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Rabu, 23 Mac 2011

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2010


23 Mac 2011, telah berlangsung Majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2010 iaitu Hari Penyerahan Keputusan SPM. Pada majlis ini turut disampaikan hadiah kepada pelajar yang telah mencapai keputusan straight A. Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM 2010.

Selasa, 22 Mac 2011

Blog SEPINTAR untuk penyertaan 'BP MyScience Project 2011'


SEPINTAR telah menyertai 'BP MyScience Project 2011' dan kepada warga SEPINTAR yang ingin mengikuti perkembangan serta penerangan projek ini boleh klik pada link di atas.

Isnin, 21 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9

 20 Mac 2011, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9 di Dewan Al-Aqsa bermula jam 3 petang. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Sohaimi Shahdan, Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA. Majlis ini antara lain diadakan untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim antara ibubapa dan warga guru. Ia juga menjadi satu landasan untuk menjalankan program dalam meningkatkan dana sekolah. Perlantikan AJK untuk sesi akan datang turut diadakan pada mesyuarat ini.

Ahad, 20 Mac 2011

Aktiviti Pelajar Thailand Semasa Cuti



Sepanjang Cuti Persekolahan yang lepas, pelajar-pelajar Thailand telah menjalani pelbagai aktiviti bersama yang menghimpunkan semua pelajar Thailand di seluruh SBP. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah, lawatan, riadah dan pertandingan bagi mengisi masa cuti mereka.

Khamis, 10 Mac 2011

Cuti Khas Berganti SEPINTAR

Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR pada hari ini mengumumkan Cuti Khas Berganti bermula 11 Mac 2011 dengan kelulusan Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK. Pelajar boleh mula pulang bermula hari ini, 10 Mac 2011 jam 4.30 petang sehingga 11.00 malam. Harap maklum dan selamat bercuti.

Isnin, 7 Mac 2011

Kriket Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah Peringkat Zon Tengah 2011

2/3/2011 (Rabu)

Hari pertama pertandingan SEPINTAR menang tipis dengan SM Sains Selangor 64-63, pada 3/3/2011 (Khamis) SEPINTAR turun menentang SM Sains Alam Shah dan SMAP Kajang (tuan rumah)

3/3/2011 (Khamis)

Hari Kedua SEPINTAR menang menentang SMAP Kajang dan SM Sains Alam Shah, demikian juga SEPINTAR berjaya menewaskan Maktab Tentera Diraja dan muncul Johan Kumpulan.

4/3/2011 (Jumaat)

Hari Ketiga SEPINTAR tewas kepada SM Sains Kuala Selangor

5/3/2011 (Sabtu)

SEPINTAR berjaya menewaskan Kolej Islam Sultan Alam Shah untuk tempat ketiga.

Pemain SEPINTAR mendapat anugerah Bowler Terbaik Keseluruhan.

KRIKET MSS NEGERI SELANGOR

Dua pemain Kriket SEPINTAR iaitu Saudara Adi Mustaqim dan Saudara Mohamad Faizal Khidir telah membantu Pasukan Kriket Daerah Gombak bertanding di peringkat negeri dan mendapat tempat ketiga.

Ahad, 6 Mac 2011

KEJOHANAN RAGBI 10 VICTORIA INSTITUTION

SEPINTAR telah menghantar penyertaan ke Kejohanan Ragbi 10 Sekolah Menengah Victoria (V.I.) Kuala Lumpur iaitu pasukan Bawah 15 Tahun dan Bawah 18 Tahun.

Pasukan Bawah 15 Tahun berjaya merangkul Naib Johan Kategori Bowl

Pasukan Bawah 18 Tahun Naib Johan Ketegori Spoon

Sabtu, 5 Mac 2011

Kejohanan Golf MSSS Selangor

2/3/2011

Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Selangor berlangsung di Kelab Golf Kinrara, Puchong, Selangor pada 2-3/3/2011.

Penyertaan wakil sulong SEPINTAR dalam Pasukan Golf Daerah Gombak (bawah 18 tahun)-Saudara Amin Asyraf Ahmad Suhaimi. Bagaimanapun beliau kandas dalam pusingan pertama.

Rabu, 2 Mac 2011

Perarakan Maulidur Rasul SEPINTAR

Pada petang ini telah berlangsung Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang telah disertai oleh semua rumah. Pertandingan diadili mengikut dua kategori iaitu Kain Rentang dan Perarakan. Ustaz Zamri telah hadir untuk memberi ceramah serta menyampaikan hadiah kepada pasukan yang berjaya.  

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP