> SBPI Rawang: April 2011

Jumaat, 29 April 2011

Gotong Royong menjelang MAC 2011

 Staf, guru dan pelajar SEPINTAR berganding bahu memasak untuk persiapan Majlis Anugerah Cemerlang dengan lembu yang disumbangkan oleh pihak PIBG SEPINTAR.

Selasa, 26 April 2011

Pertandingan Kawad Kaki Unit Uniform SEPINTAR

 25 April 2011, SEPINTAR telah berjaya menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki yang telah disertai oleh semua Pasukan Uniform di SEPINTAR. Walaupun hujan lebat di penghujung pertandingan, namun dengan semangat waja yang ada peserta tetap meneruskan pertandingan. Pertandingan diungguli Pasukan Kadet Remaja Sekolah(KRS). Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Isnin, 25 April 2011

Minggu Aspirasi Ummah 2011




Sekitar Program Minggu Aspirasi Ummah yang berlangsung dari 21 hingga 24 April 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan gerai-gerai jualan turut dibuka. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Nor Hayati binti Lebai Isa, Timbalan Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 April 2011

Jumaat, 22 April 2011

 Pada 20 April 2011 yang lalu, SEPINTAR telah menghantar peserta untuk ke Karnival Sains Peringkat Daerah di SMK Sg. Pusu. Pertandingan yang disertai ialah:
1.       Solar Car – Tempat Ketiga
2.       Solar Boat - Johan
3.       Portable Solar Cooking – Tempat Ketiga
4.       Perlancaran Roket Air – Tempat Kedua
5.       Saintis Muda
Tahniah kepada wakil SEPINTAR.

Khamis, 21 April 2011

Perkongsian Pintar Pemimpin Pelajar di SDAR

 20 April 2011, Para Pemimpin Pelajar SEPINTAR diiringi guru-guru telah bertolak ke Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban bagi menjalankan program Perkongsian Pintar SEPINTAR-SDAR. Taklimat telah diberikan oleh pihak Tuan Rumah dan perbincangan turut diadakan sesama pemimpin pelajar kedua-dua sekolah. Diharapkan program ini dapat memantapkan badan yang merupakan tulang belakang sekolah ini.

Rabu, 20 April 2011

Minggu Aspirasi Ummah


SEPINTAR akan mengadakan Program Minggu Aspirasi Ummah pada:

Tarikh :21-24 April 2011
Hari    : Khamis - Ahad

dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid serta Pemimpin Pelajar dan Kerohanian SEPINTAR.
"Keunggulan Tokoh Islam Aspirasi Ummah Gemilang" merupakan tema pada tahun ini.

Bagi memeriahkan lagi minggu ini, SEPINTAR telah menganjurkan Program Jalinan antara Sekolah

Acara-acara yang dipertandingkan di antara sekolah-sekolah pada Sabtu, 23 April 2011 dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang adalah:
  • Marhaban
  • Nasyid Forum
  • Masakan Tanpa Api
Acara yang dipertandingkan diperingkat dalaman antara rumah adalah:
  • Pidato kreatif
  • Khutbah
  • Tazkirah Sunnah Ikutan Kami
  • Folio Tokoh Islam
  • Tudung Muslimah
  • Imej Remaja Muslim
  • Sketsa
  • Marhaban
  • Nasyid
  • Forum
Ekspo Duni Islam turut diadakan di Bilik KKQ. Gerai-gerai Jualan dibuka pada 23 April 2011...
Semua di jemput hadir....

Selasa, 19 April 2011

Program Pertukaran Pelajar Penanda Aras SMKA Yan


Seramai 10 orang pelajar SMKA Yan telah mengadakan program penanda arasan pada 11 April - 14 April 2011 di SEPINTAR. Pelajar-pelajar ini telah mengikuti semua aktiviti dan budaya sekolah.

Isnin, 18 April 2011

Pesta Pantun Peringkat Daerah Gombak

 14 April 2011, SEPINTAR sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah untuk pertandingan Pantun Peringkat Daerah Gombak. Penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar Gombak amat membanggakan dan pasukan pantun SEPINTAR telah menunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam pertandingan ini.

Sabtu, 16 April 2011

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Tenis MSSD Gombak

 15 April 2011, Majlis Perasmian Penutup ini telah berlangsung di SK Kuang dan pada majlis ini, hadiah-hadiah telah disampaikan kepada pemenang-pemenang. Senarai nama pemain-pemain yang terpilih untuk mewakili Daerah Gombak telah turut diumumkan pada majlis ini.

Kejohanan Tenis MSSD Gombak

 SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Kejohanan Tenis MSSD Gombak 2011 yang berlangsung dari 11 hingga 15 April 2011 di Penjara Sungai Buloh dan Taman Tasik Titiwangsa. Kejohanan ini antara lain untuk memilih pemain ke Kejohanan peringkat Negeri.

Isnin, 11 April 2011

Seminar Perancangan Strategik

9 April 2011, Bertempat di Bilik Mesyuarat SEPINTAR, Seminar Perancangan Strategik telah disampaikan oleh Encik Mohamad Bustaman -Pensyarah IAB untuk memantapkan Perancangan Strategik bagi akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Sabtu, 9 April 2011

Perkhemahan Tahunan Bulan Sabit Merah Malaysia SEPINTAR

8 April 2011
Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia SEPINTAR mengadakan Perkhemahan Tahunannya di Tapak Perkhemahan Taman Rekreasi Commonwealth di Rawang pada 8 hingga 10 April 2011.

Seramai 100 orang pelajar mengambil bahagian dalam perkhemahan ini yang diisi dengan berbagai aktiviti seperti Jungle Trekking, survival cooking dan pertolongan cemas.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP