> SBPI Rawang: Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak peringkat Zon B15

Rabu, 6 April 2011

Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak peringkat Zon B15

 5 April 2011, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR Bawah 15 pada hari ini telah beraksi di kejohanan ini yang merupakan peringkat pertama di SMK Bandar Tasik Puteri. Pasukan SEPINTAR telah layak untuk           ke pusingan seterusnya setelah beraksi di tiga perlawanan. Perlawanan pertama menentang pasukan tuan rumah dan SEPINTAR menang 2-0. Perlawanan kedua pasukan SEPINTAR kalah tipis di tangan SMK Seri Kundang dengan keputusan 0-1 manakala diperlawanan terakhir pasukan SEPINTAR bangkit dan berjaya mengalahkan pasukan SMK Tmn Desa 2 dengan keputusan perlawanan 5-0. Pusingan seterusnya akan berlangsung pada 11 April 2011.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP