> SBPI Rawang: Program Penanda Aras dan Perkongsian dengan SMS Muar

Rabu, 11 Mei 2011

Program Penanda Aras dan Perkongsian dengan SMS Muar

11 Mei 2011, SEPINTAR dikunjungi seramai empat orang guru dari SMS Muar bagi menjayakan program ini. Fokus program ini adalah Panitia Kimia dan Guru Bimbingan Kaunseling. Sessi taklimat dan perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Haji Kamilen Marzoki, PK Sepintar. Diharapkan perkongsian ini dapat merapatkan lagi hubungan kedua-dua sekolah serta melonjakkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP