> SBPI Rawang: Sambutan Hari Guru SEPINTAR

Selasa, 31 Mei 2011

Sambutan Hari Guru SEPINTAR

27 Mei 2011, Sempena dengan Hari Guru yang telah disambut 16 Mei yang lepas di seluruh negara, pelajar SEPINTAR tidak melepaskan peluang meraikan guru-guru dengan cara mereka yang tersendiri. Sambutan yang bertemakan Arabian Night telah dianjurkan dan di rancang oleh pelajar sendiri dibawah seliaan Kelab Guru dan Kakitangan serta Pihak Pentadbiran. Warga pendidik telah disajikan dengan persembahan multimedia dan persembahan pentas oleh pelajar-pelajar. Turut hadir memeriahkan majlis Tuan Hj Zulkifli Baharom, Yang Dipertua PIBG SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP