> SBPI Rawang: Ogos 2011

Sabtu, 27 Ogos 2011

Iftar Jama'ie Ramadhan

 26 Ogos 2011, Sekitar Iftar Jama'ie Ramadhan selepas Majlis Khatam Al-Quran.

Majlis Khatam Al-Quran

 27 Ogos 2011, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan dengan jayanya di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR 

Jumaat, 26 Ogos 2011

Majlis Mohon Kemaafan dan Penyampaian Duit Raya


 26 Ogos 2011, Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan bermula esok, satu Majlis Mohon Maaf dan Penyampaian Duit Raya kepada pelajar-pelajar telah diadakan bertempat di Dataran Raudhah. Sumbangan Duit Raya dikumpul dari Guru-guru, Pihak Sekolah dan Badan Korporat. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

Penghargaan kepada Guru-guru Praktikal


26 Ogos 2011, Demi menghargai sumbangan guru-guru praktikal yang akan menamatkan sesi mereka di SEPINTAR pada hari ini, pihak sekolah berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata. Mereka turut menyampaikan cenderamata kepada pihak sekolah tanda ingatan.Sepanjang berada disini, mereka sentiasa memberi kerjasama yang baik utk setiap aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah dan tidak kekok melayan kerenah pelajar-pelajar. Warga SEPINTAR mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan


25 Ogos 2011, Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan telah berlangsung di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR dan disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini Long. Beliau turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang acara dan pertandingan yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan.

Rabu, 24 Ogos 2011

Sumbangan Kuih Raya Pn Hjh Senaini


24 Ogos 2011, Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Pn Hjh Senaini Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR telah berbesar hati menyampaikan kuih raya kepada semua warga kerja SEPINTAR. Terima kasih diatas sumbangan Puan.

Menghantar Pelajar Thailand Pulang Hari Raya Aidilfitri

 21 - 23 Ogos 2011, Pelajar-pelajar Thailand Kohort 3 & 4 telah pulang ke kampung halaman untuk berhariraya bersama keluarga di kampung halaman. Urusan penghantaran pulang pelajar-pelajar ini turut diiringi beberapa Pegawai dari BPSBPSK. Pelajar-pelajar yang turut pulang melalui Hadyai adalah dari SMAP Kajang, SBPI Gombak, SMKA Kuala Lumpur dan SMAP Labu.

Rabu, 17 Ogos 2011

Program Qiamullail

 17 Ogos 2011, Program Qiamullail yang turut melibatkan ibubapa telah diadakan bermula jam 3.30 pagi di Masjid Al-Qadisiah. Semua hadirin turut sama-sama bersahur di SEPINTAR dan program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir.

Ceramah Nuzul Quran oleh Imam Muda Taufek

16 Ogos 2011, Selepas solat Tarawih di Masjid Al-Aqsa, warga SEPINTAR telah mengikuti Ceramah yang telah disampaikan oleh Imam Muda Taufek. Ceramah ini telah turut diselitkan dengan Slot Motivasi untuk mnarik perhatian pelajar-pelajar.

Khamis, 11 Ogos 2011

Ceramah Nuzul Quran bersama Imam Muda Taufek

Tarikh : 16 Ogos 2011
Masa : 9.30 malam
Tempat : Dewan Al-Aqsa SBPI Rawang

Penceramah : Imam Muda Hj Mohd Taufek bin Hj Mohd Noh

Semua dijemput hadir.

Jemputan Qiamullail Perdana SEPINTAR 2011


SEPINTAR akan mengadakan Program Qiamullail Perdana bertempat di Masjid Al-Qadisiah pada 17 Ogos 2011, Rabu jam 3.30 pagi. Semua ibubapa dijemput hadir.

Rabu, 10 Ogos 2011

Kunjungan Mesra Tuan Hj Rosland Hussein, Pengarah BPSBPSK

 9 Ogos 2010, SEPINTAR telah menerima kunjungan mesra pertama Tuan Pengarah yang ingin meninjau sendiri permasalahan yang dihadapi oleh pihak sekolah serta mendekatkan diri dengan warga SEPINTAR. Beliau yang tiba selepas solat tarawih telah disambut oleh Pihak Pentadbir serta waden bertugas. Beliau turut berpeluang meninjau keadaan di Dewan Makan dan Kelas pelajar. Warga SEPINTAR amat menghargai kunjungan Tuan di bumi SEPINTAR.

Isnin, 8 Ogos 2011

JADUAL BENGKEL PECUTAN DIAGNOSTIK TINGKATAN 4 tahun 2011

JADUAL KELAS TAMBAHAN DAN PERKAMPUNGAN ILMU HUJUNG MINGGU UNTUK PROGRAM PREP TERANCANG SBPIR TINGKATAN 4

Jumaat, 5 Ogos 2011

Program Pertukaran Pelajar dari SMS Sultan Hj Ahmad Shah, Pekan


5 Ogos 2011, Hari ini merupakan hari terakhir pelajar-pelajar dari SMS Sultan Hj Ahmad Shah setelah berada di SEPINTAR selama seminggu. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini Long dan sesi bertukar-tukar cenderamata telah dibuat antara kedua-dua sekolah. Semoga pelajar-pelajar ini memperolehi ilmu dan pengalaman bermanfaat selama berada disini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP