> SBPI Rawang: September 2011

Jumaat, 30 September 2011

Benchmarking Pelajar dari SMAKL

30 September 2011, Hari ini merupakan hari terakhir pelajar-pelajar SMAKL yang telah berada di SEPINTAR sejak awal minggu dan akan pulang ke sekolah asal. Semoga mereka memperoleh ilmu yang berguna sepanjang berada di SEPINTAR.

Majlis Mohon Restu PMR

30 September 2011, Majlis Mohon Restu PMR telah diadakan bertempat di Dewan Terbuka. Guru-guru mata pelajaran telah menyampaikan amanat masing-masing kepada semua calon PMR SEPINTAR. Kami doakan kejayaan dan kecemerlangan.

Khamis, 29 September 2011

Jamuan Raya Kantin SEPINTAR

29 September 2011, En Shukor, Pengusaha Kantin SEPINTAR telah mengadakan Jamuan Raya untuk semua warga kerja SEPINTAR yang diadakan bermula jam 1 petang. Pelbagai juadah disajikan untuk semua tetamu yang hadir. Terima kasih kepada En Shukor semoga murah rezeki.

Majlis Penutup Program Nilam 2011

29 September 2011, Unit Pusat Sumber SEPINTAR telah mengadakan Majlis Penutup Program Nilam 2011. Majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR. Beliau telah turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada pelajar serta Tokoh Nilam 2011.

Rabu, 28 September 2011

Taklimat Yayasan Wakaf Selangor


28 September 2011, Guru-guru telah diberi penerangan tentang sumbangan wakaf yang boleh dibuat oleh Pegawai dari Yayasan Wakaf Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat.

Penyampaian Hadiah dan Sijil


28 September 2011, Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil kepada Pasukan Ragbi dan Pemenang-pemenang Pertandingan yang diadakan sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Dewan Terbuka.

Isnin, 26 September 2011

Penyampaian Hadiah Peserta Pertandingan Mereka Yasa Daerah Gombak dan Pertandingan Inovasi Kaunseling SBP Zon Tengah


 26 September 2011, Majlis Penyampaian Hadiah-Hadiah disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini Long di perhimpunan pagi. Antara acara yang dimenangi,
  • Video Korporat - Tempat Ke-3
  • Kaunselor Muda - Tempat ke-3
  • Pertandingan Inovasi Kaunseling - Tempat ke-2
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Penyampaian Hadiah Bp MyScience Project

26 September 2011, Bp MyScience Project telah berlangsung si SEPINTAR bermula bulan Mac lepas. Kemuncaknya pada 18 - 20 September 2011, SEPINTAR telah menghantar 5 orang wakil pelajar dalam Pertandingan Akhir bertempat di Terengganu. Pada pertandingan itu, SEPINTAR telah berjaya memenangi :
  • Tempat ke-3 Pertandingan Solar Boat Race
  • Tempat ke-3 Pertandingan Exhibition Board
  • Tempat Pertama Pertandingan Blog
  • Juara keseluruhan BP MyScience Project 2011
Pn Hjh Senaini Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR telah menyampaikan hadiah sewaktu Perhimpunan Pagi kepada pelajar-pelajar dan guru yang terlibat. Dalam pertandingan itu juga, guru pengiring SEPINTAR turut diumumkan sebagai Best Teacher. Tahniah.

Ahad, 25 September 2011

Majlis Jamuan Raya dan Solat Hajat Perdana




24 September 2011, SEPINTAR telah mengadakan Majlis Jamuan Raya dan Solat Hajat Perdana dengan jemputan terdiri daripada ibubapa pelajar-pelajar SEPINTAR. Di sebelah pagi, pelajar berkumpul di Dewan Al-Aqsa untuk mengikuti sesi kaunseling yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling SEPINTAR. Majlis Solat Hajat Perdana diadakan sejurus selepas itu di Masjid Al-Qadisiah SEPINTAR bagi mendoakan kejayaan calon-calon SPM dan PMR yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Majlis Jamuan Raya diadakan bertempat di Dewan Terbuka dan Dataran Raudhah dan hadirin hadirat disajikan pelbagai juadah. Ucapan telah disampaikan oleh Pn Pengetua Cemerlang dan wakil PIBG. Pihak Pusat Zakat telah turut menyampaikan duit raya kepada pelajar yang terpilih pada majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis ini.

Jumaat, 23 September 2011

Majlis Penutup Program Bersama Pelajar SMKA Putrajaya


23 September 2011, Majlis ringkas menandakan berakhirnya Program Pertukaran Pelajar dari SMKA Putrajaya di SEPINTAR telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Cenderahati telah disampaikan oleh Pn Hasimah Harun sebagai tanda ingatan. Semoga mereka beroleh pengalaman yang berguna sepanjang berada di SEPINTAR.

Kajian Outcome Pembangunan SBPI



23 September 2011, SEPINTAR hari ini menerima kunjungan 3 orang pegawai dari BPSBPSK diketuai Tn Hj Meor Mohd Aiyub bagi menjalankan Kajian Outcome Pembangunan SBPI yang melibatkan guru-guru dan pelajar. Soal selidik ini telah dijalankan di Pusat Sumber SEPINTAR.

Selasa, 20 September 2011

Kunjungan dari SMKA Putrajaya

20 September 2011, SEPINTAR telah menerima kunjungan delegasi dari SMKA Putrajaya bagi mengadakan sesi perbincangan ilmiah bersama Barisan Pentadbir SEPINTAR. Tn Hj Othman Hashim, Pengetua SMKA Putrajaya telah mengetuai rombongan ini bagi berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Jamuan Raya Warga Kerja SEPINTAR


19 September 2011, Majlis Jamuan Raya untuk Warga Kerja SEPINTAR telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Aqsa. Pelbagai hidangan telah disediakan secara pot luck dan gotong royong.

Sabtu, 17 September 2011

Fully Residential Schools' International Symposium 2011


9-14 September 2011,  Amy Nurfarahin Nurhan and Adam Zawahir have attended the Symposium accompanied by Sir Mohammad Izzudin Mustaffa at Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. The aim of FRS International Symposium 2011 is to encourage students from Malaysian Fully Residential Schools and their overseas twin schools, to meet and exchange ideas, views, initiatives and visions on an international platform; engaging in a cross-cultural learning environment.The theme of the Symposium is "Students:A Catalyst of Change for a Better Tomorrow".

Khamis, 15 September 2011

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2011



 15 September 2011, Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan telah diadakan bertempat               di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Majlis yang bermula jam 11 pagi telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR. Persembahan pelajar turut diadakan pada majlis ini.

Jumaat, 9 September 2011

Lawatan Penanda Aras dari SMS Sultan Iskandar, Mersing


9 September 2011, Majlis Perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR setelah tamat Program Penanda Aras dari SMS Sultan Iskandar, Mersing. Mereka yang terdiri dari 3 pelajar Putera, 5 pelajar Puteri diiringi Ustazah Norshila telah berada di SEPINTAR sejak awal minggu. Semoga mereka memperoleh ilmu yang berguna sepanjang berada di bumi SEPINTAR.

Khamis, 8 September 2011

Pemantauan Jemaah Nazir SBT Kohort 3

 7 September 2011, SEPINTAR menerima kunjungan Jemaah Nazir yang telah lama ditunggu-tunggu oleh Warga SEPINTAR bagi Pemantauan SBT Kohort 3. Mereka telah berada di SEPINTAR sejak awal pagi diiringi Pihak Pentadbiran SEPINTAR. 

Selasa, 6 September 2011

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011

 5 September 2011, Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2011 peringkat sekolah telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa. Dalam majlis ini warga SEPINTAR telah sama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan ucapan telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR. Penyerahan bendera kepada Ketua Umum merupakan simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan yang bertemakan 'Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera'.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP