> SBPI Rawang: November 2011

Selasa, 29 November 2011

Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012



25 November 2011, Satu sesi temuduga untuk pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2012 telah berlangsung di SEPINTAR. Seramai lebih kurang 75 orang calon telah hadir untuk sesi ini. Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas perjalanan majlis oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR. Pihak Pentadbiran SEPINTAR mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada sesi temuduga ini.

Selasa, 22 November 2011

Makluman Temuduga ambilan Pelajar Tingkatan 1 sesi 2012

Kepada semua pelajar yang namanya tersenarai di senarai pada pautan di bawah untuk menghadiri temuduga ambilan pelajar Tingkatan 1 sesi 2011 seperti ketetapan berikut:

Tarikh         : 25 November 2011
Hari             : Jumaat
Masa           : 8.30 pagi
Tempat        : SBPI Rawang
Pakaian       : Uniform Sekolah Lengkap

Sila bawa dokumen berikut :
1. Sijil lahir pelajar
2. MyKad Pelajar
3. MyKad Ibubapa
4. Slip Gaji / Penyata pendapatan ibu dan bapa.

Sijil-sijil asal:
1. Slip keputusan UPSR
2. Sijil Agama
3. Sijil Kepimpinan (pengawas/ketua kelas dll)
4. Sijil Sukan
5. Semua sijil kokurikulum /anugerah khas.

Klik link untuk download senarai nama pelajar
https://skydrive.live.com/?cid=5acff4183eddacb1&sc=documents&id=5ACFF4183EDDACB1%21122#

Tahniah kepada semua yang terpilih.

Sabtu, 19 November 2011

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Pelajar oleh YB Shukor Idrus

 18 November 2011, YB Abdul Shukor Idrus, ADUN Kuang telah berbesar hati menghadiri majlis ini yang diadakan pada sebelah petang di Dewan Terbuka, SEPINTAR. Pada sesi ini pelajar-pelajar yang menerima adalah pelajar-pelajar Tingkatan 4. Hadir sama pada majlis ini, Tn Hj Zulkifli Baharom, YDP PIBG SEPINTAR.

Rabu, 16 November 2011

Pemberian Wang RM 100 kepada Pelajar melalui Ibubapa.

Berhubung dengan perkara diatas

Dijemput kepada semua ibubapa pelajar SEPINTAR untuk hadir ke sekolah bagi mengambil wang bantuan Kerajaan bernilai RM 100 seperti ketetapan berikut ;

Tingkatan 1 hingga 3, 17 November 2011 jam 3-5 petang

Tingkatan 4 , 18 November 2011 jam 3-5 petang (Majlis penyampaian akan disempurnakan oleh YB Abd Shukor Idrus, ADUN Kuang)

*Ibubapa pelajar-pelajar tingkatan1 - 3 boleh terus membawa anak balik bercuti pada hari tersebut.
*Ibubapa yang tidak dapat hadir /jauh boleh menulis surat mewakilkan kepada PKHEM, Pn Hjh Maimunah Ismail.

Terima kasih..

Khamis, 3 November 2011

Hari Kualiti SEPINTAR


2 November 2011, SEPINTAR telah mengadakan Hari Kualiti yang memberi pengiktirafan kepada semua dari Unit HEM, Kokurikulum dan Akademik. Pn Hjh Senaini Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR telah merasmikan majlis.

Selasa, 1 November 2011

Ujirasa Tender Kantin

31 Oktober 2011, Bagi memenuhi kriteria pemilihan tender kantin sekolah untuk tahun hadapan, satu slot ujirasa telah diadakan bertempempat di bilik seminar SEPINTAR. 3 syarikat hadir pada sesi ini yang berlangsung bermula jam 10 pagi.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP