> SBPI Rawang: Januari 2012

Selasa, 31 Januari 2012

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2012





 31 Januri 2012, Sesi Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 tahun 2012 telah berlangsung di Dewan Al-Aqsa. Selamat datang diucapkan dan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat tempat di SBPI Rawang.

Isnin, 30 Januari 2012

Pelancaran Minggu Kemanusiaan




 30 Januari 2012, Satu majlis pelancaran telah diadakan iaitu Pelancaran Minggu Kemanusiaan di Dewan Al-Aqsa. Pn Hjh Sanaini bt Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR telah menyampaikan ucapan perasmian pelancaran.



Mesyuarat Agung PIBG 2012

 29 Januari 2012, Mesyuarat Agung PIBG SEPINTAR telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR bermula jam 2.30 ptg. Pelbagai usul telah dibincangkan dalam mesyuarat ini dan kehadiran ibubapa adalah memuaskan.




Rabu, 18 Januari 2012

Program Rapat 1 Malaysia Warga Pendidik Daerah Gombak

18 Januari 2012, SEPINTAR telah dipilih sebagai Tuan Rumah bagi penganjuran Program ini bertempat di Dewan Al-Aqsa. Program yang merupakan anjuran bersama beberapa pihak iaitu JASA Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Institut Perkembangan Minda, JPN Selangor PPD Gombak dan SBPI Rawang ini menghimpunkan warga pendidik dari Daerah Gombak dan diisi dengan Sesi Ceramah dan Forum. Ucapan Perasmian penutup telah disampaikan oleh YB Tuan Abdul Shukor Idru, ADUN Kuang.

Selasa, 17 Januari 2012

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan LKP

16 Januari 2012, Bagi menyempurnakan pelantikan Lembaga Kepimpinan Pelajar SEPINTAR bagi sesi 2012, satu majlis penyerahan telah diadakan di Dewan Al-Aqsa dengan disempurnakan oleh Inspektor Farouq Fakhzan Mohd Nordin dari IPD Gombak. Diharapkan barisan LKP 2012 dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi ke arah kejayaan SEPINTAR.

Larian SEPINTAR dan Kejohanan Merentas Desa SEPINTAR



14 Januari 2012, SEPINTAR telah selamat mengadakan Larian dan Kejohanan Merentas Desa yang merupakan salah satu program besar SEPINTAR. Program ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan di kalangan warga SEPINTAR malah turut menyumbang mata dalam sistem rumah SBP. Turut sama hadir Tn Hj Zulkifli Baharom, YDP PIBG SEPINTAR. Hadir kepada pemenang-pemanang telah disampaikan pada hari ini juga. Tahniah dan syabas.

Khamis, 12 Januari 2012

Program Homestay & Study Tour Malaysia Japan 2012







2 - 8 Januari 2012, Gambar-gambar sekitar aktiviti yang telah dijalankan.

Jadual Balik Bermalam Serta Cuti SEPINTAR

Bagi memenuhi keperluan ibubapa yang memerlukan jadual cuti serta balik bermalam, Pihak SEPINTAR menyediakan fail untuk simpanan ibubapa yang dihormati sekalian. Sila download disini:

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP