> SBPI Rawang: Februari 2012

Isnin, 27 Februari 2012

Pelancaran Program NILAM 2012

 27 Februari 2012, Pusat Sumber SEPINTAR telah mengadakan Pelancaran Program NILAM bagi menyemarakkan Program ini pada tahun ini. Antara matlamat program ini adalah untuk membina tabiat membaca didalam diri pelajar. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR.


Central Zone Japanese Language Speech Contest





 25 Februari 2012, SEPINTAR telah dipilih sebagai Tuan Rumah Pertandingan yang berlangsung selamat satu hari di Dewan Al-Aqsa.

Majlis Konsultasi dan Akujanji SPM / PMR SEPINTAR



 24 Februari 2012, Majlis yang diadakan untuk mempertemukan ibubapa dan guru telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa. Perbincangan yang telah diadakan berkisar mengenai pencapaian pelajar serta masalah yang dihadapi. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini Long dan Ust Kamilen Marzoki. Majlis disudahi dengan bacaan ikrar oleh calon-calon SPM dan PMR 2012.

Isnin, 20 Februari 2012

Perasmian Transformasi Kemahiran Belajar dan Keluarga SEPINTAR

 20 Februari 2012, Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR telah merasmikan Program Transformasi Kemahiran Belajar dan Keluarga SEPINTAR yang telah diilhamkan oleh Unit Kaunseling.

Perlawanan Persahabatan Pasukan Kriket dan Bola Sepak SEPINTAR di MCKK






18 Februari 2012, Bagi memantapkan kedua-dua pasukan Kriket dan Bola Sepak, perlawanan persahabatan adalah penting. Perlawanan yang telah dihadiri ini diharapakan akan dapat membantu usaha ini dan memberi pendedahan berguna kepada pemain-pamain kedua-dua pasukan.

Jumaat, 17 Februari 2012

Taklimat Pengungsian Bangunan oleh Jabatan Bomba


17 Februari 2012, Pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput  En Harun bin Hj Ahmad Sali, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bagi menyampaikan taklimat ringkas pengungsian bangunan yang merupakan salah satu komponen penting dalam keselamatan warga sekolah. Taklimat ini merupakan pendedahan awal kepada guru-guru dalam menjalankan Latihan Pengungsian Bangunan yang berkesan dan yang paling penting adalah untuk semua individu memandang serius aspek keselamatan ini. Taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat.


Isnin, 13 Februari 2012

Pelancaran Kempen 5S Peringkat Sekolah



 13 Februari 2012, Pelancaran ini merupakan salah satu usaha pihak 3 K sekolah dalam meningkatkan kesedaran warga SEPINTAR dari segi kebersihan dan suasana yang lebih tersusun. Ceramah dan pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Maimunah Mustafa, KU Teknik dan Vokasional PPD Gombak.

Isnin, 6 Februari 2012

RIOBA SBPI Rawang Annual League 2012




4 Februari 2012, RIOBA Annual League telah bejaya dijalankan di Padang Ragbi SEPINTAR dan disertai oleh pelajar-pelajar SEPINTAR yang dari Pertama sehingga pelajar SEPINTAR kini. Matlamat penganjuran ini antara lain bagi meningkatkan semangat setiakawan serta ke arah mewujudkan Persatuan Alumni SEPINTAR. Semoga Kejohanan ini dapat dikekalkan penganjurannya setiap tahun.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP