> SBPI Rawang: Taklimat Pengungsian Bangunan oleh Jabatan Bomba

Jumaat, 17 Februari 2012

Taklimat Pengungsian Bangunan oleh Jabatan Bomba


17 Februari 2012, Pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput  En Harun bin Hj Ahmad Sali, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bagi menyampaikan taklimat ringkas pengungsian bangunan yang merupakan salah satu komponen penting dalam keselamatan warga sekolah. Taklimat ini merupakan pendedahan awal kepada guru-guru dalam menjalankan Latihan Pengungsian Bangunan yang berkesan dan yang paling penting adalah untuk semua individu memandang serius aspek keselamatan ini. Taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat.


Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP