> SBPI Rawang: Kejohanan Balapan dan Padang SBP Zon Tengah

Ahad, 8 April 2012

Kejohanan Balapan dan Padang SBP Zon Tengah

7 April 2012, Kejohanan Balapan dan Padang SBP kali pertama telah diadakan di Sekolah Seri Puteri. Pasukan Olahraga Sepintar telah menghantar kontinjen seramai 30 orang. Pelbagai acara telah dipertandingkan pada hari tersebut. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi Pasukan Olahraga Sepintar kerana hanya seorang sahaja yang berjaya merangkul pingat gangsa. Azlisyam Azman, juga merupakan ketua kontinjen, berjaya mendapat tempat ke-5 dalam acara lompat jauh kategori lelaki B-18. Abdul Muhaimin pula berjaya mendapat tempat ke-5 dalam acara 100m kategori lelaki B-18. Konklusinya, Pasukan Olahraga Sepintar boleh meraih kejayaan yang lebih membanggakan pada masa yang akan datang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP