> SBPI Rawang: Majlis Iftar Jamae'i, Solat Hajat 1 dan Kesyukuran Baiah

Isnin, 6 Ogos 2012

Majlis Iftar Jamae'i, Solat Hajat 1 dan Kesyukuran Baiah

 3 Ogos 2012, SEPINTAR telah menganjurkan majlis Iftar Jamaei, Solat Hajat dan Kesyukuran Baiah. Majlis ini telah dihadiri oleh jemputan-jemputan yang terdiri daripada ibubapa, wakil dari PPD Gombak, Pengetua SMK BTP, Pegawai dari BPI serta Alumni SEPINTAR. Tn Hj Ramdzan bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam telah merasmikan majlis ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP