> SBPI Rawang: 2013

Sabtu, 28 Disember 2013

LADAP I-Think

 Prog Latihan dalam Perkhidmatan I-think telah diadakan pada 27 hb dis 2013 melibatkan guru-guru sepintar bertempat di Pusat Sumber Sekolah. I-think adalah sebahagian daripada instrumen untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang akan dilaksanakan disemua sekolah di Malaysia bermula tahun 2014. Guru guru yang tidak dapat hadir pada hari ini akan mengikuti LDP I-Think pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. 

Sabtu, 21 Disember 2013

Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2013

 19 Disember 2013, SEPINTAR telah mengadakan majlis Pengumuman dan Penyerahan Keputusan PMR kepada calon-alon yang telah menduduki peperiksaan PMR 2013 yang lepas. Majlis ini telah diadakan bertempat di sidang Al-Jabar dan penyerahan keputusan kepada calon-calon cemerlang 9A telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan, Pengetua SEPINTAR. Seramai 49 orang calon PMR SEPINTAR telah memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan ini. Tahniah dan syabas.

Jumaat, 13 Disember 2013

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013


Selari dengan pengumuman Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan tarikh pengumuman keputusan PMR 2013, Pihak SEPINTAR akan mengadakan Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2013 seperti yang tertera dibawah:

Tarikh  : 19 Disember 2013 (Khamis)
Masa     : 11.00 pagi

Calon PMR 2013 perlu mematuhi peraturan pakaian rasmi untuk menghadiri majlis ini. Semua calon diwajibkan memakai Baju Batik SEPINTAR dan lengkap berkasut hitam. Semua calon tidak dibenarkan sama sekali memakai seluar jeans. Bagi calon putera, pastikan rambut adalah mengikut garis panduan dalam buku peraturan sekolah. Semoga semua calon mendapat keputusan yang cemerlang.

Khamis, 12 Disember 2013

Mesyuarat Pembinaan Pelan Strategik SBPI Rawang


Mesyuarat Pembinaan Pelan Strategik Sekolah telah dengan jayanya diadakan pada 8 - 10 Disember 2013 di Quality Hotel, Shah Alam. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Matapelajaran, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penyelaras ICT, SU Kurikulum, SU HEM, SU Kokurikulum dan KPT. Peserta telah didedahkan dengan penggunaan Value Creation Model untuk membina pelan
strategik sekolah

Selasa, 3 Disember 2013

Dinner Warden SEPINTAR @Hotel Istana Kuala Lumpur

 1 Disember 2013, Bagi menghargai jasa serta sokongan oleh warden-warden SEPINTAR, Pn Hasimah Harun, PK Hal Ehwal Murid telah membawa warden-warden serta barisan pentadbir menikmati hidangan malan malam di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Ini juga sebagai tanda terima kasih diatas keringat yang dicurahkan oleh pihak warden. Terima kasih kepada Pn Hasimah yang sedia meraikan warden-warden.

Majlis Graduasi dan Sireh Pulang ke Gagang 2013

 30 November 2013, SEPINTAR telah mengadakan Majlis Graduasi bertempat di Palm Garden Resort, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh Dato Hj Bahrudin Hj A. Rahman, Pengarah Yayasan Antarabangsa Al-Madinah. Beliau turut menyampaikan sijil graduasi kepada semua graduan.

Selasa, 19 November 2013

Surat Makluman dan Senarai Nama Temuduga Pelajar Tingkatan 1 ambilan 2014

Pihak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang akan mengadakan sesi temuduga untuk pelajar Tingkatan 1 ambilan 2014. Para ibubapa dan pelajar yang telah memohon boleh memeriksa jika nama pelajar yang memohon tersenarai untuk menghadiri sesi temuduga ini. Sila klik pada pautan dibawah untuk memuat turun surat makluman, senarai nama dan senarai semak keperluan menghadiri temuduga. Harap maklum.


Surat dan Senarai Nama Temuduga

Sabtu, 16 November 2013

LADAP Pengurusan Sekolah Berprestasi Tinggi

 16 November 2013, Pihak Pengurusan SEPINTAR telah menganjurkan LADAP bertempat di Bilik Seminar yang bertujuan memberi penerangan lebih jelas berkenaan pengurusan SBT. Pn Haniza dari BPSBPSK telah hadir bagi memberi penerangan berkenaan SBT. Pn Aishah dan En Arbain, PK Kokurikulum telah turut memberi penerangan berkenaan pengurusan SBT. Pihak SEPINTAR mengucapkan terima kasih kepada Pn Haniza yang telah sudi hadir bagi memberi penerangan serta menyuntik semangat kepada semua warga SEPINTAR.

Hi Tea Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf

 15 November 2013, Kelab Guru dan Staf SEPINTAR telah menganjurkan Hi Tea bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Disamping menikmati juadah yang disediakan, para hadirin turut disediakan dengan cabutan bertuah. Tn Hj Addenan, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan ucapan pembukaan majlis.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP