> SBPI Rawang: Januari 2013

Khamis, 31 Januari 2013

Pasukan Kriket SEPINTAR Johan Kejohanan MSSD Gombak

 29-31 Januari 2013, Pasukan Kriket SBPI Rawang telah menyertai Kejohanan Kriket MSSD Gombak bertempat di SMK Taman Desa. Pada kejohanan ini, pasukan SEPINTAR telah muncul Juara Kejohanan. Tahniah dan syabas kepada pasukan Kriket SEPINTAR yang telah mengharumkan nama SEPINTAR.

Sabtu, 26 Januari 2013

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2013

 23 Januari 2013, Yang Berhormat Tn Abdul Shukur bin Hj Idrus, ADUN Kuang telah hadir bagi menyampaikan bantuan ini kepada ibubapa di SEPINTAR.

Isnin, 21 Januari 2013

Kem Pemantapan Kerohanian Pelajar Tingkatan 5


19-20 Januari 2013, Unit Hal ehwal Murid melalui Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menganjurkan Kem Pemantapan Kerohanian Pelajar Tingkatan 5 2013. Program ini telah diadakan di dewan Al-Aqsa SEPINTAR.Majlis dimulakan dengan bacaan Al-mathurat, Solat  Maghrib berjemaah, Kuliah maghrib bertajuk Falsafah Solat Imam Al-Ghazali, Solat Isyak berjemaah dan diikuti dengan Ceramah khas:  Pemantapan Rohani untuk  Kejayaan.Oleh : Dr Abdul Majid bin Hassan, dari Akademi Rawatan Islam Nurul Ehsan (AKRINE). Ceramah ini turut dihadiri Pn Hjh Maimunah Ismail, PK Hal Ehwal Murid dari awal hingga akhirnya.Jam 10.30 malam diadakan Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) berkisar isi ceramah dan persediaan kerohanian untuk kejayaan sehingga jam 11.00 malam.Tepat jam 5 pagi pelajar berkumpul di dewan Besar untuk Qiyammullail (Solat Sunat Taubat, tahajjud, hajat dan Witir) yang dikendalikan oleh barisan kepimpinan pelajar.Selepas Solat Subuh diadakan pembentangan dari kumpulan. Pelajar telah memberikan pandangan yang baik tentang topik  yang dibincangkan.Jam 7.00 pagi pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Tuan Haji Kamilen bin Marzoki, Pemangku Pengetua  SEPINTAR  seterusnya menyampaikan ucapan penutup program. Banyak nasihat yang dilontarkan oleh beliau khususnya untuk pelajar tingkatan lima. Majlis berakhir jam 8.00 pagi dengan bersalaman sebelum bersurai.
Laporan : Ust Kosim bin Abd Ghani


Ahad, 20 Januari 2013

Kejohanan Merentas Desa dan Larian SEPINTAR

 18 Januari 2013, SEPINTAR telah mengadakan Kejohanan Larian yang diadakan di sekitar kawasan sekolah melibatkan semua pelajar SEPINTAR. Rumah Merah telah muncul Juara Keseluruhan dan trofi telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK Pentadbiran SEPINTAR.

Rabu, 16 Januari 2013

Majlis Penyerahan Watikah Lantikan LKP dan Nuqaba 2013

 14 Januari 2013, Majlis yang diadakan sebagai simbolik penyerahan mandat dari pihak sekolah telah diadakan di Dewan Al-Aqsa. Tn Inspektor Farouk Fakhzan, Pegawai IPD Gombak turut hadir untuk merasmikan majlis serta menyerahkan sijil-sijil.

Isnin, 7 Januari 2013

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2013

 7 Januari 2013, Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 ambilan 2013 telah berjalan lancar. Taklimat dari pihak sekolah turut diadakan pada majlis ini. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua ibubapa dan pelajar-pelajar yang telah hadir pada hari ini.

Ahad, 6 Januari 2013

Kursus Sistem Rumah Peringkat Sekolah

 5-6 Januari 2013, Unit HEM SEPINTAR telah mengadakan Kursus Sistem Rumah Peringkat Sekolah yang bertujuan memberi penerangan kepada semua jawatankuasa pelajar yang terlibat secara langsung dengan sistem rumah. Semua slot telah dikendalikan oleh guru-guru SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP