> SBPI Rawang: Kem Pemantapan Kerohanian Pelajar Tingkatan 5

Isnin, 21 Januari 2013

Kem Pemantapan Kerohanian Pelajar Tingkatan 5


19-20 Januari 2013, Unit Hal ehwal Murid melalui Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menganjurkan Kem Pemantapan Kerohanian Pelajar Tingkatan 5 2013. Program ini telah diadakan di dewan Al-Aqsa SEPINTAR.Majlis dimulakan dengan bacaan Al-mathurat, Solat  Maghrib berjemaah, Kuliah maghrib bertajuk Falsafah Solat Imam Al-Ghazali, Solat Isyak berjemaah dan diikuti dengan Ceramah khas:  Pemantapan Rohani untuk  Kejayaan.Oleh : Dr Abdul Majid bin Hassan, dari Akademi Rawatan Islam Nurul Ehsan (AKRINE). Ceramah ini turut dihadiri Pn Hjh Maimunah Ismail, PK Hal Ehwal Murid dari awal hingga akhirnya.Jam 10.30 malam diadakan Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) berkisar isi ceramah dan persediaan kerohanian untuk kejayaan sehingga jam 11.00 malam.Tepat jam 5 pagi pelajar berkumpul di dewan Besar untuk Qiyammullail (Solat Sunat Taubat, tahajjud, hajat dan Witir) yang dikendalikan oleh barisan kepimpinan pelajar.Selepas Solat Subuh diadakan pembentangan dari kumpulan. Pelajar telah memberikan pandangan yang baik tentang topik  yang dibincangkan.Jam 7.00 pagi pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Tuan Haji Kamilen bin Marzoki, Pemangku Pengetua  SEPINTAR  seterusnya menyampaikan ucapan penutup program. Banyak nasihat yang dilontarkan oleh beliau khususnya untuk pelajar tingkatan lima. Majlis berakhir jam 8.00 pagi dengan bersalaman sebelum bersurai.
Laporan : Ust Kosim bin Abd Ghani


Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP