> SBPI Rawang: Februari 2013

Ahad, 24 Februari 2013

Kursus Kepimpinan LKP, Kokurikulum, Ketua & Penolong Kelas SEPINTAR 2013


22-24 Februari 2013, Bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai jati diri yang kuat, mereka perlu menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan yang secara tidak langsung akan membentuk diri mereka. Penganjuran kursus oleh pihak SEPINTAR diadakan dengan kerjasama pihak konsultan luar dan diadakan di SBPI Rawang. Peserta kursus walaupun kepenatan namun menunjukkan semangat yang begitu tinggi bagi menjalani kursus ini.

Lawatan Kelab Olahraga ke Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

 20 Februari 2013, Kelab Olahraga SEPINTAR telah mengadakan lawatan ke Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil disertai seramai 33 orang ahli kelab. Ketua dan penyelaras lawatan: Mohd Izzudin Bin Mustaffa. Guru-guru yang terlibat : Hasimah Bt Harun (PK Koko), Salwani Bt Abd Hamid, kHairul Kamariah Binti Abd Aziz dan Noor Farihana Binti Mohd Supi. Hasil dari lawatan ini pihak KSN menawarkan pakej sukan sekolah di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk tahun 2014 . Tahniah !
Laporan : En Mohamad Izzudin Mustaffa

Jumaat, 22 Februari 2013

Lawatan Pensyarah dan Pelajar dari Bangkok Thonburi University, Thailand

21 February 2013, SEPINTAR telah menerima delegasi dari Bangkok Thonburi University, Thailand bagi program jalinan dan jaringan antarabangsa sekolah. Delegasi ini juga telah melawat pelajar-pelajar tajaan yang ditempatkan disekolah ini.

Ahad, 17 Februari 2013

Promosi Program Jom Umrah dan Ziarah


Jumaat, 8 Februari 2013

Kejohanan Memanah MSSD Gombak 2013





4 - 6 Februari 2013, Pasukan memanah SBPI Rawang telah menyertai Kejohanan yang diadakan di SMK Gombak Setia dan berikut adalah antara pencapaian pasukan ini.

1. Pasukan Bawah 15 Tahun (P) - Johan Individu dan Berkumpulan
2. Pasukan Bawah 18 Tahun (P) - Johan Individu dan Naib Johan Berkumpulan
3. Pasukan Bawah 15 Tahun (L) - Naib Johan Kumpulan
4. Pasukan Bawah 18 Tahun (L) - Tempat Ketiga Kumpulan

Pasukan ini telah dilatih oleh En Muhammad Hazwan bin Abdul Hamid dari Hafa Archery.
Tahniah kepada pasukan dan semua guru-guru pengiring dan penasihat iaitu Pn Rosila Amat Kamari, Cik Azlina Abdullah dan Nor Azrina Ahmad Safree.

Selasa, 5 Februari 2013

Pemantauan dari Bahagian SBPSK

 4 Februari 2013, Beberapa orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah membuat kunjungan pemantauan memfokuskan Kebitaraan Sekolah. Timbalan Pengarah BPSBPSK, Tn Hj Md Kassim bin Md Diah turut hadir. 

Sabtu, 2 Februari 2013

Program Penanda Aras dari SBPI Temerloh

 1 Februari 2013, Majlis penutup Program Penanda Aras pelajar dan guru dari SBPI Temerloh telah diadakan di bilik mesyuarat. Pelbagai pengalaman telah dikongsi bersama dan pihak SEPINTAR amat menghargai kedatangan rombongan dari SBPI Temerloh.

Jumaat, 1 Februari 2013

Pelancaran Program Keluarga SEPINTAR

 1 Februari 2013, Majlis Pelancaran Program Keluarga SEPINTAR telah diadakan di Dewan Al-Aqsa. Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Pemangku Pengetua SEPINTAR. Fail program telah disampaikan kepada guru-guru yang terlibat dan sesi Taaruf mentor dan mentee turut diadakan pada majlis ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP