> SBPI Rawang: April 2013

Selasa, 30 April 2013

Program Bola Sepak Ops Mokhtar Dahari kerjasama UPM dan SEPINTAR








 19 - 21 April 2013, Pasukan The Dribblers telah menyertai program pembangunan dan latihan bola sepak bertempat di Universiti Putra Malaysia dinamakan Ops Mokhtar Dahari. Program ini merupakan program Jalinan bersama IPTA yang merupakan IPTA angkat untuk SEPINTAR. Pelbagai program telah diatur sepanjang program seperti slot Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Pemgujian dan Penilaian, Terapi Air dan Analisa Permainan Bola Sepak. Puan Zaiton Othman, Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet di Majlis Sukan Negara telah berkesempatan bersama menyampaikan slot Psikologi Sukan. Pasukan SEPINTAR juga telah menjalani dua perlawanan persahabatan menentang Pasukan UPM. Terima kasih diucapkan kepada Dr Tengku Fadilah bt Tengku Kamalden dan Dr Soaib bin Asimiran yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran program ini.

Ahad, 28 April 2013

Kejohanan Memanah SBP VIII Peringkat Kebangsaan

17 - 21 April 2013, Kejohanan telah berlangsung di SMS Hulu Terengganu.Pencapaian individu :

BIL
NAMA
JARAK(METER)
SCORE
RANKING
70/60
60/50
50/40
30
1
NUR EZAIDI BIN AHMAD JAILANI
209/40
254/32
222/33
286/42
971
32/186
2
MUHAMMAD AFIQ 
FATHUDDIN ABD RAIS
210/38
188/73
102/86
243/60
743
48/186
3
MUHAMMAD NAJMI BIN RISDAN
145/71
162/86
129/71
250/56
686
54/186
4
AFIFA NUR ATIKA ABDUL GHANI AZIZI
252/9
282/10
233/15
99/5
866
7/171
5
PUTERI EZREEN SYARIHAH MEGAT OSMAN
239/12
240/22
223/18
81/18
783
13/171
6
AINUL MARDHIAH ROSLAN HAKIM
121/52
174/50
67/95
20/109
382
58/171

Ranking individu semua pemanah telah meningkat dengan baiknya pada kali ini.  Kesungguhan latihan dan sentuhan jurulatih profesional telah berjaya menaikkan prestasi mereka.   
Semua 6 pemanah SEPINTAR Berjaya melayakkan diri ke pusingan olimpik.  Ia telah menunjukkan peningkatan dimana tahun lepas, hanya 2 orang sahaja melepasi kelayakan olimpik round.
Olimpik Round hanya terhad kepada 64 pemanah-pemanah SBP terbaik.

Kejayaan:
Afifa Nur Atika bt Abdul Ghani Azizi telah Berjaya mewakili zon tengah bersama-sama pemanah dari KUSES iaitu Renitha Ramachandran dan pemanah dari SMAP Kajang iaitu Farhanna.  Setiap zon menghantar pemanah terbaik dari setiap sekolah.  3 pasukan terbaik zon sahaja yang dipilih.  SEPINTAR di kedudukan kedua zon tengah.  Pasukan ini telah menjadi johan Olimpik Round berpasukan menewaskan pasukan dari sekolah jemputan.

Guru Pengiring:    Rosila Amat Kamari
                           Azlina Abdullah

Jurulatih              Puan Faridah binti Osman
Pemanah Lelaki:  Nur Ezaidi bin Ahmad Jailani                           4 JM
                           Muhammad Najmi bin Risdan                         3 JA
                           Muhammad Afiq Fathuddin bin Abd Rais        3 JF

Pemanah Perempuan    Afifa Nur Atika bt Abdul Ghani Azizi            4 JN
                                    Puteri Ezreen Syarihah bt Megat Osman       4 JM
                                    Ainul Mardhiah bt Roslan Hakim                  2 JF

Ahad, 21 April 2013

Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

 17-19 APRIL 2013, BERTEMPAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) SEPINTAR TELAH MENGHANTAR 2 PASUKAN R N D KE PERINGKAT ANTARABANGSA. BAGI PERTANDINGAN MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO 2013) DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR IRFAN BIN HASMYNOR, MUHAMMAD IKHWAN AKMAL BIN MOHD YUSOFF DAN AMRIL WAFIY BIN SHOEID. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH:  “INORGANIC NEUTRALIZER AND HEAVY METAL ADSORBENT (FROM COCKLES SHELL)“ IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL AIR SISA INDUSTRI YG BERASID SERTA PENJERAP LOGAM BERAT (ION KUPRUM) DARI AIR SISA TERSEBUT. PASUKAN INI BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD DAN SATU SPECIAL AWARD DARI WORLD INVENTION INTELLECTUAL PROPERTY ASSOCIATIONS (WIIPA), TAIWAN.

BAGI PERTANDINGAN INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION ( I-ENVEX 2013) PULA DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR SYUKRI BIN MUHD ADZHAR , NOR  DANIAL B NOR AZMY DAN  MUHAMMAD NABIL IQBAL B. ZULKEFLI. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH: “SUPER AG LIME BLEND  ( FROM COCKLES SHELL) “- TO IMPROVE ACIDIC SOIL IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL TANAH BERASID DI SEKOLAH KITA.  PASUKAN INI JUGA BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD. 

KEDUA-DUA PASUKAN INI DIBIMBING OLEH PUAN MARLINA BINTI MAT NAPES SEBAGAI PENYELIA PROJEK DAN DIBANTU SERTA DIPANTAU OLEH PUAN SHAJARATURRDUR HUSSIN,  PUAN KAIRULAFDZAR AHMAD SHAH DAN PUAN SAKINAH BINTI YUSOFF. KEDUA-DUA PROJEK INI MENGADAKAN PROGRAM JALINAN BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA UPM DI BAWAH BANTUAN DR MOHD RAZIF.

Khamis, 18 April 2013

SEPINTAR di Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak 2013

 17 April 2013, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR telah menamatkan perjuangan di persada MSSD Gombak dan menduduki tempat ketiga keseluruhan. Pasukan SEPINTAR yang berjuang bermati-matian sehingga ke saat terakhir terpaksa berpuas hati dengan penentuan sepakan penalti menentang pasukan SMK Selayang Baru. Empat orang pemain telah terpilih untuk menghadiri sesi pemilihan untuk pasukan Gombak ke MSSS. Tahniah dan syabas.

Selasa, 16 April 2013

SEPINTAR B18 Cemerlang di Suku Akhir Pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak

 16 April 2013, Dalam perlawanan di SMK Seri Garing Pasukan SEPINTAR yang membuka tirai perlawanan untuk peringkat suku akhir telah bermain dengan cemerlang menentang pasukan STAR Batu Arang dengan perlawanan berkesudahan 3-1. Seterusnya pasukan SEPINTAR turun menentang pasukan SMK Gombak Setia dengan keputusan 1-0. Keputusan ini melayakkan pasukan SEPINTAR mara ke peringkat separuh akhir di SBPI Gombak pada 17 April 2013. Syabas pasukan The Dribblers.

Sabtu, 13 April 2013

Perkongsian Pintar bersama SMK Kota Damansara

 12 April 2013, Satu lagi program perkongsian pintar yang dikelolakan oleh pihak SEPINTAR telah berada dipenghujungnya iaitu bersama murid-murid dari SMK Kota Damansara. Murid-murid ini telah berada di SEPINTAR sejak 8 April 2013 dan mereka amat teruja kerana dapat merasai kehidupan di asrama yang mempunyai jadual yang tersendiri. Diharapkan perkongsian ini dapat melonjakkan kecemerlangan antara kedua-dua pihak.

Perkongsian Pintar bersama SMA MAIWP

 12 April 2013, Perkongsian Pintar bersama murid-murid dari SMA MAIWP telah tiba di penghujung dengan majlis penutupan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR. Murid-murid ini telah berada di bumi SEPINTAR sejak 7 April 2013 dan telah mengikuti kelas serta program yang belangsung di sini. Semoga perkongsian ini mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.

Jumaat, 12 April 2013

SEPINTAR B-18 Johan Zon G Pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak

 11 April 2013, Pasukan Bola Sepak B 18 SEPINTAR akan mara ke peringkat seterusnya setelah muncul Johan Zon G dalam perlawanan yang telah berlangsung di Padang Bola Sepak SMK Bandar Tasik Puteri. Guru dan murid-murid dari SEPINTAR juga telah dilantik sebagai pengelola Kojhanan Peringkat Zon dan menguruskan aspek teknikal, jadual, kecemasan serta pengurusan perlawanan.
Keputusan penuh perlawanan dimana pada perlawanan pertama SBPIR vs SMK BTP (0-0), SBPIR vs SMK Ideal Heights (1-0) dan SBPIR vs SMK Tmn Keramat (3-2). Pusingan kedua akan berlangsung pada  16 April 2013 di SMK Seri Garing dan bakal menyaksikan Johan dan Naib Johan dari setiap Zon untuk perlawanan suku akhir.

Isnin, 8 April 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11

 5 April 2013, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 telah diadakan mengikut perancangan bertempat di dewan al-aqsa. Antara agenda mesyuarat pada kali ini adalah pembentangan laporan kewangan, perbincangan usul dan perlantikan AJK yang baru.  Selepas kiraan undi, En Ibrahim Saddiqi telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru menggantikan Tn Hj Zulkifli Baharom yang meletakkan jawatan kerana anak beliau telah menamatkan persekolahan di SEPINTAR. Warga SEPINTAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Zulkifli diatas sumbangan serta peranan beliau dalam PIBG.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP