> SBPI Rawang: Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

Ahad, 21 April 2013

Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)

 17-19 APRIL 2013, BERTEMPAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) SEPINTAR TELAH MENGHANTAR 2 PASUKAN R N D KE PERINGKAT ANTARABANGSA. BAGI PERTANDINGAN MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS OLYMPIAD (MIYIO 2013) DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR IRFAN BIN HASMYNOR, MUHAMMAD IKHWAN AKMAL BIN MOHD YUSOFF DAN AMRIL WAFIY BIN SHOEID. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH:  “INORGANIC NEUTRALIZER AND HEAVY METAL ADSORBENT (FROM COCKLES SHELL)“ IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL AIR SISA INDUSTRI YG BERASID SERTA PENJERAP LOGAM BERAT (ION KUPRUM) DARI AIR SISA TERSEBUT. PASUKAN INI BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD DAN SATU SPECIAL AWARD DARI WORLD INVENTION INTELLECTUAL PROPERTY ASSOCIATIONS (WIIPA), TAIWAN.

BAGI PERTANDINGAN INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION AND INNOVATION EXHIBITION ( I-ENVEX 2013) PULA DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR SYUKRI BIN MUHD ADZHAR , NOR  DANIAL B NOR AZMY DAN  MUHAMMAD NABIL IQBAL B. ZULKEFLI. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH: “SUPER AG LIME BLEND  ( FROM COCKLES SHELL) “- TO IMPROVE ACIDIC SOIL IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL TANAH BERASID DI SEKOLAH KITA.  PASUKAN INI JUGA BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD. 

KEDUA-DUA PASUKAN INI DIBIMBING OLEH PUAN MARLINA BINTI MAT NAPES SEBAGAI PENYELIA PROJEK DAN DIBANTU SERTA DIPANTAU OLEH PUAN SHAJARATURRDUR HUSSIN,  PUAN KAIRULAFDZAR AHMAD SHAH DAN PUAN SAKINAH BINTI YUSOFF. KEDUA-DUA PROJEK INI MENGADAKAN PROGRAM JALINAN BERSAMA FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA UPM DI BAWAH BANTUAN DR MOHD RAZIF.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP