> SBPI Rawang: SEPINTAR B-18 Johan Zon G Pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak

Jumaat, 12 April 2013

SEPINTAR B-18 Johan Zon G Pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak

 11 April 2013, Pasukan Bola Sepak B 18 SEPINTAR akan mara ke peringkat seterusnya setelah muncul Johan Zon G dalam perlawanan yang telah berlangsung di Padang Bola Sepak SMK Bandar Tasik Puteri. Guru dan murid-murid dari SEPINTAR juga telah dilantik sebagai pengelola Kojhanan Peringkat Zon dan menguruskan aspek teknikal, jadual, kecemasan serta pengurusan perlawanan.
Keputusan penuh perlawanan dimana pada perlawanan pertama SBPIR vs SMK BTP (0-0), SBPIR vs SMK Ideal Heights (1-0) dan SBPIR vs SMK Tmn Keramat (3-2). Pusingan kedua akan berlangsung pada  16 April 2013 di SMK Seri Garing dan bakal menyaksikan Johan dan Naib Johan dari setiap Zon untuk perlawanan suku akhir.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP