> SBPI Rawang: Jun 2013

Sabtu, 29 Jun 2013

Seminar Integriti Warga Pendidik daerah Gombak


 29 Jun 2013, SEPINTAR telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah untuk seminar yang melibatkan guru-guru dari sekolah menengah dan rendah sekitar daerah Gombak. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Ismail bin Sulaiman, Mantan Timbalan Pengarah JPN Selangor.

Pemantauan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi


 25 Jun 2013, SEPINTAR telah menerima kunjungan pegawai-pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pengiktirafan sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Pelbagai aspek telah disentuh dan diketuai oleh En Zulkifli Yahya.

Kempen Derma Darah di AEON Jusco Rawang


Isnin, 24 Jun 2013

Kejohanan Olahraga SEPINTAR di Stadium Kuala Selangor









 22 Jun 2013, Bertempat di Stadium Kuala Selangor, Kejohanan Olahraga tahunan telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun keadaan sedikit berjerebu, semua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara-acara yang disertai. Kehadiran ibubapa juga turut memriahkan suasana kejohanan. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hazizah Kassim, Naib Yang Dipertua PIBG SEPINTAR.

Rabu, 19 Jun 2013

Program Pengantarabangsaan Percambahan Minda Bidang Pengajian Islam ke Brunei Darussalam

 10 - 12 Jun 2013, Bidang Pengajian Islam SEPINTAR telah mengadakan program pengantarabangsaan bertempat di Brunei Darussalam. Berikut tentatif program yang telah dijalankan:

PROGRAM  JALINAN  KE  JABATAN  KENAZIRAN SEKOLAH – SEKOLAH    NEGARA  BRUNEI  DARUSSALAM

            Tarikh                     : 10  Jun  2013  ( Isnin )
                Masa                     : 10.30  -  1.00  petang
                Tempat                : Jabatan  Kenaziran  Sekolah – sekolah   Negara  Brunei  Darussalam
               
PROGRAM  PENANDA  ARAS  KE  INSTITUT  TAHFIZ  QURAN SULTAN  HAJI  HASANUL  BOLKIAH  BRUNEI  DARUSSALAM

Tarikh                     : 11  Jun  2013  ( Selasa )
                Masa                      : 9.30  -  1.00  petang
                Tempat                :  Institut   Tahfiz   Quran  Sultan  Haji  Hasanul  Bolkiah  Brunei  Darussalam

PROGRAM  PENANDA  ARAS  KE SEKOLAH  MENENGAH  SAYYIDINA  ABU  BAKAR  BRUNEI  DARUSSALAM

Tarikh                    : 12  Jun  2013  ( Rabu )
                Masa                      : 8.30  -  1.00  petang
                Tempat                : Sekolah  Menengah  Sayyidina  Abu  Bakar  Brunei  Darussalam

Peserta           : 5  orang  guru  SBPI  Rawang  terdiri  daripada :
1.Tn. Haji  Kamilen  bin  Marzoki   ( Penolong  Kanan  SBPI  Rawang )
2. Pn. Hajah  Sharipah  Mariah   bt  Syed  Hussin  ( GKMP  Pengajian  Islam )
3. Pn. Hajah  Khadijah  bt  Ahmad  Mazlan  ( Ketua  Panitia  Pendidikan  Islam )
4. Pn. Hajah  Siti  Aida  bt  Ibrahim   ( Ketua  Panitia  Pend.  Al- Quran & 
    As- Sunnah )

5. Cik  Norul  Haida  bt  Mohamed  Tamizi  ( Guru  Pendidikan  Islam )




Isnin, 17 Jun 2013

Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor






 15 Jun 2013, SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Selangor dan majlis ini telah berjalan dengan jayanya. Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Tn Hj Mahmud bin Karim hadir bagi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang serta menyempurnakan majlis penutup. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan peserta yang akan mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.

Sabtu, 15 Jun 2013

Sukan Tara SEPINTAR

 12 Jun 2013, Semua pelajar-pelajar SEPINTAR telah mengambil bahagian di dalam acara tahunan iaitu sukan tara bertempat di padang SEPINTARbagi mengumpul mata sistem rumah untuk rumah masing-masing. Dua acara dipertandingkan iaitu lontar peluru dan larian 100 meter. Semoga dengan penganjuran ini, semangat kesukanan dalam diri pelajar dapat dikembangkan secara sihat.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP