> SBPI Rawang: Sukan Tara SEPINTAR

Sabtu, 15 Jun 2013

Sukan Tara SEPINTAR

 12 Jun 2013, Semua pelajar-pelajar SEPINTAR telah mengambil bahagian di dalam acara tahunan iaitu sukan tara bertempat di padang SEPINTARbagi mengumpul mata sistem rumah untuk rumah masing-masing. Dua acara dipertandingkan iaitu lontar peluru dan larian 100 meter. Semoga dengan penganjuran ini, semangat kesukanan dalam diri pelajar dapat dikembangkan secara sihat.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP