> SBPI Rawang: 2ND ASEAN+3 Junior Science Odyssey

Rabu, 3 Julai 2013

2ND ASEAN+3 Junior Science Odyssey

 24 Jun - 1 Julai 2013, Pelajar SEPINTAR telah menyertai 2nd ASEAN+3 Junior Odyssey bertempat di Korea Science Academy Busan, Korea Selatan. Pasukan SBPI Rawang telah berjaya mendapat Pingat Perak dalam aktiviti Kimia. Tiga orang pelajar yang terlibat adalah Annor Basyir Baihaqi bin Anuzi. (Ting. 3JA), Nor 'Azam Khalis bin Mazrul Hisham (Ting. 3JM) dan Muhammad Najmi bin Risdan (Ting. 3JA). Guru penyelaras program ini adalah Pn Shajaratudduur Hussin. Pelajar-pelajar terlibat didalam aktiviti kerja lapangan dan aktiviti didalam makmal melibatkan matapelajaran Kimia, Fizik dan Biologi. Penilaian dijalankan keatas kemahiran menjalankan aktiviti lapangan (field work skills assessment) , kemahiran menjalankan eksperimen dimakmal (lab skills assessment) yang melibatkan kemahiran menggunakan dan mengendalikan dengan selamat alat radas makmal. Peserta juga dinilai berdasarkan persembahan berkumpulan mengenai aktiviti lapangan dan makmal yang telah dijalankan sepanjang minggu.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP