> SBPI Rawang: SEPINTAR Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah

Khamis, 18 Julai 2013

SEPINTAR Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah


 TARIKH 16 Julai 2013 mencatatkan sejarah tersendiri kepada Unit Kaunseling SEPINTAR kerana Berjaya mencipta kemenangan Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, sempena Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

  Pasukan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK) dan Video Korporat bersama 30 murid-murid Tingkatan 5 yang meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bertolak ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak tepat pukul 7.00 pagi hari tersebut. 

  Mereka menyertai Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah yang dianjurkan di universiti berkenaan. Pasukan EAK dan Video Korporat yang diiringi oleh Kaunselor SEPINTAR, En Esa Abd Samad, Pn Rusaimah bt Jamaludin pergi dengan satu tekad membawa trofi kemenangan. Pasukan Video Korporat diketuai oleh Hafizan bin Julis dan disertai oleh Darwisy bin Roslan, Aiman bin Zaidi dan Zikri, masing-masing dari Tingkatan 4. Pasukan EAK belum mencapai kemenangan tetapi tetap berbangga dengan kemenangan rakan seperjuangan.
DISEDIAKAN OLEH ESA ABD SAMAD

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP