> SBPI Rawang: Perkongsian Pintar SMK Gombak Setia dengan SBPI Rawang

Rabu, 24 Julai 2013

Perkongsian Pintar SMK Gombak Setia dengan SBPI Rawang

 22 JULAI 2013 Seramai 20 orang pelajar dari SMK Gombak Setia yang terdiri dari 10 orang pelajar tingkatan 3  dan 10 orang pelajar tingkatan 5 telah membuat lawatan penanda arasan ke SEPINTAR sempena Program Perkongsian Pintar selama 4 hari bermula 22 Julai 2013 sehingga 25 Julai 2013.      Seramai 3 orang guru pengiring dan pengetua SMK Gombak Setia telah hadir pada hari pertama jam 9.15 pagi bagi sesi penyerahan pelajar SMK Gombak Setia ke SEPINTAR. 3 orang guru tersebut akan digilirkan setiap hari bagi meninjau perjalanan pengajaran dan pembelajaran pelajar SMK Gombak Setia di SEPINTAR.
  Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan budaya kehidupan di asrama dan cara belajar pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh.
  Pada 23 Julai 2013 bersamaan hari Selasa jam 10 pagi Guru-Guru Bahasa Melayu dari SMK Gombak Setia akan membuat perkongsian pintar bersama Guru-Guru Bahasa Melayu SEPINTAR. Pada sebelah petang pula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang akan diadakan Seminar Bahasa Melayu bersama pelajar-pelajar elit SEPINTAR.
  Diharapkan program ini akan memberi semangat yang tinggi bagi kedua-dua buah sekolah untuk menduduki 2 peperiksaan besar PMR dan SPM pada tahun ini disamping membina jalinan yang baik bagi aktiviti atau program yang akan datang. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP