> SBPI Rawang: Lawatan Penandaarasan ke MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka.

Rabu, 28 Ogos 2013

Lawatan Penandaarasan ke MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka.




Pada 26 Ogos 2013 (Isnin) seramai 7 orang guru Sains dan Matematik yang diketuai oleh Pen Kanan Kokurikulum En Arbain bin Kasim  telah mengadakan lawatan penandaarasan ke MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka. Tujuan lawatan adalah untuk melihat pelaksanaan School Enrichment Module (SEM) yang turut melibatkan aktiviti R&D. Guru-guru telah diberi taklimat oleh Pn Salwa bt Dalib yang merupakan penyelaras Pengantarabangsan dan  R&D MRSM TGB dan Pn Mahibbah bin Ahmad sebagai penyelaras SEM. Program SEM MRSM TGB merupakan program pengayaan seluruh sekolah yang melibatkan semua guru dalam usaha melahirkan gifted behaviour daripada gifted student.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP