> SBPI Rawang: September 2013

Isnin, 30 September 2013

Kangaroo Math Competition Malaysia 2013



 23 September 2013, 30 orang pelajar SEPINTAR telah menyertai Kangaroo Math Competition Malaysia berlangsung di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam. Penyertaan pelajar dalam pertandingan ini memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kemahiran skill matematik dan mendedahkan pelajar dengan pertandingan matematik yang berprestij. Pencapaian cemerlang pelajar SEPINTAR telah ditunjukkan dengan kemenangan 6 orang mendapat pingat emas, 11 orang pingat perak dan 4 orang pingat gangsa. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.

Sabtu, 21 September 2013

School Attack- Football Talents Scouting 2013

 21 September 2013, Unit Kokurikulum SEPINTAR telah mengadakan program School Attack yang merupakan program pencarian bakat peserta-peserta tahun 6 dalam sukan bola sepak yang merupakan salah satu bidang kebitaraan SEPINTAR. 8 sekolah rendah yang terpilih telah menyertai program ini berlangsung di Padang Bola Sepak SEPINTAR. En Arbain bin Kassim, PKKO SEPINTAR telah menyempurnakan merasmikan majlis. Pemain-pemain yang terlibat telah menjalani ujian ketahanan fizikal dan teknik permainan. Diharapkan program ini dapat melonjakkan lagi  pencapaian pasukan  SEPINTAR dan pemain yang terlibat mendapat faedah dari program ini.

Jumaat, 20 September 2013

SEPINTAR diIktirafkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4



18 September 2013, Berlangsung di Auditorium Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, SEPINTAR merupakan antara sekolah yang telah dinobatkan sebagai SBT Kohort 4. Sijil Pengiktirafan telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada semua warga SEPINTAR yang telah berusaha keras dan memberi komitmen dalam mencapai pengiktirafan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi penyuntik semangat ke arah mengekalkan kecemerlangan SEPINTAR.

Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri


18 September 2013, Pasukan SEPINTAR telah menyertai konvensyen yang diadakan bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam. Produk Body Shampoo telah berjaya mendapat tempat ke-3. Hanya SEPINTAR berjaya menghantar 2 pasukan ke peringkat akhir negeri untuk produk Body Shampoo dan Hand Wash. Tahniah.

Isnin, 9 September 2013

Hi-Tea Amal SEPINTAR 2013

 8 Ogos 2013, SEPINTAR dengan kerjasama erat pihak PIBG SEPINTAR telah menganjurkan majlis Hi-Tea Amal bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Pada majlis ini, tetamu majlis telah disajikan dengan persembahan oleh kumpulan Nasyid Al_Mawlid dan diiringi kumpulan nasyid SEPINTAR iaitu Fitrah Murni. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dr Hj Muhamad Sade bin Mohd Amin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Parlimen dan Kabinet, KDN. Pihak PIBG dan Warga SEPINTAR mengucapkan terima kasih tisak terhingga atas sokongan semua

Rabu, 4 September 2013

Program Sayang Disayang dan Bicara Santai

 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik PMR telah melaksanakan program ini pada 30 Ogos 2013. Ia bertujuan memberi anugerah dan pengiktirafan kepada 80 orang calon PMR yang cemerlang dan membuat peningkatan minimum 2 gred dalam Percubaan PMR yang lalu.
Pelajar-pelajar telah diraikan dalam majlis makan tengahari dan diberi suntikan motivasi serta kata semangat oleh Tuan Pengetua.

Laporan oleh : Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik PMR

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP