> SBPI Rawang: Oktober 2013

Khamis, 24 Oktober 2013

I'm A Scientist, Get Me Out of Here Malaysia

 22 Oktober 2013, Seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 SEPINTAR telah menyertai program anjuran Akademi Sains Malaysia bertempat di Mobile Lab Chromebook SEPINTAR. Melalui program ini, pelajar dapat berinteraksi secara maya bersama 5 orang saintis yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang masing-masing. Pelajar dapat bertanya soalan dan berinteraksi melalui laman web yang telah dibangunkan. Program ini yang julung kali diadakan di Malaysia merupakan adaptasi dari Program I'm A Scientist, Get Me Out of Here, United Kingdom. Program ini berlangsung dari 21 Oktober - 1 November 2013 dan setiap sekolah perlu menempah slot untuk interaksi. SEPINTAR bertuah kerana telah terpilih mengikuti program ini yang melibatkan 5 sekolah sahaja seluruh Malaysia.

Khamis, 10 Oktober 2013

Program Penandaarasan Pengajian Tahfiz

 Bidang Pengajian Islam mewakili pihak sekolah telah melaksanakan Program Penandaarasan Pengajian Tahfiz pada 28 September 2013 di SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Dungun dan 30 September 2013 di MRSM Ulul Albab Kota Putra, Besut Terengganu. Delegasi diketuai oleh Penolong Kanan Tn. Haji Kamilen bin Marzoki dan 5 orang guru Pendidikan Islam. Program bertujuan mempelajari kaedah pelaksaan pdp tahfiz yang akan dilaksanakan di SEPINTAR pada tahun hadapan. delegasi diberi pendedahan yang terperinci oleh Pengetua kedua-dua buah sekolah.

Ahad, 6 Oktober 2013

Hari Kebudayaan Bahasa Perancis kali ke-7 di SMS Tengku Muhammad Faris Petra

27 - 29 September 2013, Baru- baru ini 8 orang pelajar telah menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Perancis yang telah diadakan di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, di Pengkalan Chepa, Kelantan. Hari Kebudayaan tersebut berjalan selama 3 hari. Terdapat pelbagai pertandingan yang telah diadakan sepanjang berlansungnya Hari Kebudayaan ini. Pelajar SEPINTAR berjaya mendapat tempat dalam beberapa pertandingan yang telah diadakan. Antaranya, mendapat tempat kedua dalam pertandingan public speaking, tempat ketiga dalam pertandingan Objet dans la classe, tempat kedua dalam pertandingan Jeu Concours dan tempat kedua dalam pertandingan Dict'ee. Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Empat orang guru juga telah dihantar untuk menjadi pemerhati kerana SEPINTAR akan menjadi tuan rumah bagi Hari Kebudayaan Perancis kali ke-8 pada tahun 2015 nanti. Semoga SEPINTAR dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya.


Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP