> SBPI Rawang: November 2013

Selasa, 19 November 2013

Surat Makluman dan Senarai Nama Temuduga Pelajar Tingkatan 1 ambilan 2014

Pihak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang akan mengadakan sesi temuduga untuk pelajar Tingkatan 1 ambilan 2014. Para ibubapa dan pelajar yang telah memohon boleh memeriksa jika nama pelajar yang memohon tersenarai untuk menghadiri sesi temuduga ini. Sila klik pada pautan dibawah untuk memuat turun surat makluman, senarai nama dan senarai semak keperluan menghadiri temuduga. Harap maklum.


Surat dan Senarai Nama Temuduga

Sabtu, 16 November 2013

LADAP Pengurusan Sekolah Berprestasi Tinggi

 16 November 2013, Pihak Pengurusan SEPINTAR telah menganjurkan LADAP bertempat di Bilik Seminar yang bertujuan memberi penerangan lebih jelas berkenaan pengurusan SBT. Pn Haniza dari BPSBPSK telah hadir bagi memberi penerangan berkenaan SBT. Pn Aishah dan En Arbain, PK Kokurikulum telah turut memberi penerangan berkenaan pengurusan SBT. Pihak SEPINTAR mengucapkan terima kasih kepada Pn Haniza yang telah sudi hadir bagi memberi penerangan serta menyuntik semangat kepada semua warga SEPINTAR.

Hi Tea Akhir Tahun Kelab Guru dan Staf

 15 November 2013, Kelab Guru dan Staf SEPINTAR telah menganjurkan Hi Tea bertempat di Hotel Concorde Shah Alam. Disamping menikmati juadah yang disediakan, para hadirin turut disediakan dengan cabutan bertuah. Tn Hj Addenan, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan ucapan pembukaan majlis.

Jumaat, 15 November 2013

Makluman Majlis Graduasi dan Sireh Pulang ke Gagang 2013

Floor Plan

Peta ke  Palm Garden Hotel

Dengan sukacitanya J/K Majlis Graduasi 2013 menjemput pelajar-pelajar Tingkatan 5 kohort 2009-2013, ibubapa dan guru-guru SBPI Rawang ke Majlis tersebut seperti berikut:

Tarikh: 30 hb November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Palm Garden Hotel, IOI Resort. Putra Jaya.
Tema warna: Putih, Hitam, Merah
Bayaran peserta: RM65.00
Lokasi ke Hotel disertakan seperti lampiran
Lokasi Majlis : Perdana Ballroom  (dilampirkan)
Kadar bilik hotel yang ditawarkan: RM175++ @ RM203 nett 
(hanya ibubapa sahaja dibenarkan untuk tempahan bilik. Sila hubungi Pn Sazella di talian 03-89432233 @ 019-3087549).

Makluman kepada semua ibubapa yang akan hadir mengesahkan kehadiran sebelum 16 November 2013. Harap maklum. Terima kasih.

Khamis, 14 November 2013

LADAP Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran dan Pengajaran Sains Sekolah Menengah


 Pada  8/11.2013 & 11/11/2013 – 14/11/2013 (Jumaat – Khamis), bertempat di Makmal Sains Tingkatan 3, Panitia Sains dan Matematik telah menganjurkan ladap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Sains dan matematik peringkat sekolah.  Objektif kursus ini adalah untuk :
  • ·         Menerangkan maksud dan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), falsafah dan teori asas KBAT.
  • ·         Meningkatkan kemahiran KBAT melalui pemahaman prinsip-prinsip berkaitan dengan KBAT.
  • ·         Meningkatkan penggunaan peta pemikiran (i-think) sebagai alat penyelesaian masalah.
  • ·         Membentuk dan menstruktur item pentaksiran mirip Lembaga Peperiksaan, TIMSS dan PISA berdasarkan huraian sukatan pelajaran sains tingkatan 1 dan 2.
  • ·         Mempraktikan pendekatan inkuiri dan sosio saintifik untuk memupuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif  dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • ·         Mengintegrasikan KBAT dalam kurikulum melalui amalan pedagogi.

Kursus di peringkat sekolah ini telah di kendalikan oleh Pn Norazrina bt Mohd Safree dan Pn Noor Farihana Bt Mohamad Supi. Diharapkan kursus ini dapat membantu guru-guru sains dan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Selasa, 12 November 2013

Kem Pemantapan Organisasi LKP SBPI Rawang

 8 - 10 November 2013, Bagi memantapkan kepimpinan LKP pada tahun hadapan, Unit Hal Ehwal Murid telah mengambil inisiatif mengadakan kem bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi. Pelbagai modul telah dijalankan dan semua peserta berada di dalam kumpulan masing-masing. Majlis penutupan kem telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK Pentadbiran SEPINTAR. Pihak SEPINTAR juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru-guru yang telah terlibat menjalankan sendiri program-program sepanjang kem ini dijalankan.

Khamis, 7 November 2013

Program Lambaian Kaabah - Praktikal Ibadah Haji


 4 November 2013, SEPINTAR telah menganjurkan Program Praktikal Ibadah Haji bertempat di perkarangan SEPINTAR.

Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia


Rasional:

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu

Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)

Isnin, 4 November 2013

Hari Anugerah Kualiti 2013

 1 November 2013, SEPINTAR telah mengadakan Hari Anugerah Kualiti yang diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah menunjukkan kecemerlangan serta mengharumkan nama SEPINTAR. En Mohd Nazri Takuan, Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia telah hadir bagi merasmikan majlis serta menyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah kepada semua yang telah mencapai kejayaan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP