> SBPI Rawang: Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Asrama

Jumaat, 1 November 2013

Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Asrama

 26 Oktober 2013, SEPINTAR telah menjalankan latihan pengungsian bangunan dan melibatkan semua warga Aspura dan Aspuri bermula jam 3.30 pagi dan tamat jam 4.00 pagi. Latihan ini telah diadakan dengan jayanya serta mendapat kerjasama daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Arang. Latihan ini diadakan bertujuan untuk mempersiapkan pelajar SEPINTAR dalam menghadapi kecemasan sebenar. Taklimat telah disampaikan kepada pelajar diakhir latihan oleh Pegawai dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Arang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP