> SBPI Rawang: Julai 2013

Rabu, 24 Julai 2013

Majlis Iftar Pelajar Tajaan di Restoran Horizon Garden, Bangi


 23 July 2013, Semua pelajar-pelajar tajaan telah diraikan dalam satu majlis iftar bertempat di Restoran Horizon Garden, Bangi. Turut hadir, Pn Hazizah Kassim, NYDP PIBG SEPINTAR serta barisan pentadbir.

Perkongsian Pintar SMK Gombak Setia dengan SBPI Rawang

 22 JULAI 2013 Seramai 20 orang pelajar dari SMK Gombak Setia yang terdiri dari 10 orang pelajar tingkatan 3  dan 10 orang pelajar tingkatan 5 telah membuat lawatan penanda arasan ke SEPINTAR sempena Program Perkongsian Pintar selama 4 hari bermula 22 Julai 2013 sehingga 25 Julai 2013.      Seramai 3 orang guru pengiring dan pengetua SMK Gombak Setia telah hadir pada hari pertama jam 9.15 pagi bagi sesi penyerahan pelajar SMK Gombak Setia ke SEPINTAR. 3 orang guru tersebut akan digilirkan setiap hari bagi meninjau perjalanan pengajaran dan pembelajaran pelajar SMK Gombak Setia di SEPINTAR.
  Matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan budaya kehidupan di asrama dan cara belajar pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh.
  Pada 23 Julai 2013 bersamaan hari Selasa jam 10 pagi Guru-Guru Bahasa Melayu dari SMK Gombak Setia akan membuat perkongsian pintar bersama Guru-Guru Bahasa Melayu SEPINTAR. Pada sebelah petang pula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang akan diadakan Seminar Bahasa Melayu bersama pelajar-pelajar elit SEPINTAR.
  Diharapkan program ini akan memberi semangat yang tinggi bagi kedua-dua buah sekolah untuk menduduki 2 peperiksaan besar PMR dan SPM pada tahun ini disamping membina jalinan yang baik bagi aktiviti atau program yang akan datang. 

Khamis, 18 Julai 2013

SEPINTAR Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah


 TARIKH 16 Julai 2013 mencatatkan sejarah tersendiri kepada Unit Kaunseling SEPINTAR kerana Berjaya mencipta kemenangan Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, sempena Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

  Pasukan Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK) dan Video Korporat bersama 30 murid-murid Tingkatan 5 yang meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bertolak ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak tepat pukul 7.00 pagi hari tersebut. 

  Mereka menyertai Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah yang dianjurkan di universiti berkenaan. Pasukan EAK dan Video Korporat yang diiringi oleh Kaunselor SEPINTAR, En Esa Abd Samad, Pn Rusaimah bt Jamaludin pergi dengan satu tekad membawa trofi kemenangan. Pasukan Video Korporat diketuai oleh Hafizan bin Julis dan disertai oleh Darwisy bin Roslan, Aiman bin Zaidi dan Zikri, masing-masing dari Tingkatan 4. Pasukan EAK belum mencapai kemenangan tetapi tetap berbangga dengan kemenangan rakan seperjuangan.
DISEDIAKAN OLEH ESA ABD SAMAD

Penyampaian Sumbangan Iftar Ramadan utk Pelajar Tajaan (Thailand) oleh Pegawai Kedutaan Thailand.


17 Julai 2013, Penyampaian Sumbangan Iftar Ramadan utk pelajar tajaan (Thailand) oleh pegawai Kedutaan Thailand. Sempena dengan itu juga turut diadakan sesi dialog bersama pelajar berkenaan.

Rabu, 17 Julai 2013

KONVENSYEN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 2013



16 Julai 2013, KONVENSYEN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 2013 peringkat Zon 1 Negeri Selangor yang diadakan di Hotel De Palma, Kuala Selangor pada 16 Julai 2013 menyaksikan kedua-dua pasukan Projek Keusahawanan ini Berjaya mara ke peringkat Negeri Selangor yang akan dijadualkan pada bulan September .

Jumaat, 12 Julai 2013

Lawatan dari SK Seri Keramat, Maran


“Kami amat teruja hendak menjadi murid SBPI Rawang!” Demikian ujar salah seorang murid SK Seri Keramat, Maran, Pahang. Pada 8 Julai 2013 seramai 40 orang murid yang diiringi oleh 4 orang pendidik dari Sekolah Kebangsaan Seri Keramat, Maran, Pahang telah berkunjung ke SBPI Rawang untuk tujuan penanda aras dan motivasi murid Tahun 6.
                Ketibaan mereka yang diketuai oleh Cikgu Tun Mansor bin Tun Tahir, pada pukul 10.00 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Arbain Kasim, guru-guru kaunseling dan Unit Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka disambut dengan upacara silat.
                Rombongan peserta seterusnya diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh seorang murid Tingkatan 1. En Arbain Kasim kemudian member taklimat tentang SBPI Rawang. Seterusnya murid-murid Tahun 6 berinteraksi dengan PRS SBPI Rawang dalam suasana santai tapi padat dengan ilmu motivasi. Ketua Kaunselor SEPINTAR memberikan beberapa tips motivasi diri.
                Rombongan peserta kemudiannya menikmati juadah makan tengahari sebelum acara bergambar beramai-ramai. Pada pukul 1.00 tengahari, mereka menamatkan lawatan dan bertolak ke Kuala Lumpur.

DISEDIAKAN OLEH EN ESA ABD SAMAD

Selasa, 9 Julai 2013

Program Kembara Minda Wafdul Imtiaz 2013


 27-30 Jun 2013, SEPINTAR telah berjaya mengadakan program ke Perlis, Pulau Pinang dan Cameron Highlands melibatkan 29 orang pelajar tingkatan 4 sempena hadiah kecemerlangan 9A PMR 2012. Program diketuai oleh Tn. Haji Kamilen bin Marzoki, dibantu oleh Pn. Sharipah Mariah bt. Syed Hussin dan Pn. Noorrul Illyana bt. Naznan.

Bengkel Super Character SBP Zon Tengah

 6 Julai 2013, SEPINTAR telah menjadi tuan rumah Bengkel Smart Character SBP Zon Tengah dan telah berjalan dengan jayanya.

Sabtu, 6 Julai 2013

Majlis Konsultasi Prestasi Akademik

 5 Julai 2013, Majlis Konsultasi Prestasi Akademik telah diadakan yang merupakan sesi pertemuan pihak sekolah dengan para ibubapa bagi membincangkan mengenai prestasi akademik pelajar secara terperinci. Taklimat berkenaan Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 dan 2 turut diadakan di Bilik Seminar. Kehadiran ibubapa adalah memuaskan dan pihak SEPINTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang telah hadir.

Khamis, 4 Julai 2013

SEPINTAR Cemerlang di Macau CommunicInternational Innovation and Invention Expo, Macau 2013


 Keputusan Macau Communic International Innovation and Invention Expo - 28 - 30 jun 2013 di Macau Fisherman Warft Convention Center.
 Seramai 6 pelajar dan 2 guru telah terlibat dalam expo ini iaitu Muhammah Ikhwan Akmal b Mohd Yusoff, Muhamad Ammar Irfan b Hasmynor , Ameil Wafiy b Shoied, Muhammad Nabil Iqbal b Zulkefli, Muhammad Ammar Syukri b Muhamad Adzhar dan Nor Danial b Norazmy. Projek inorganic neutralizer and adsorbent (waste water )- gold award and special award oleh International Intellectual Property Network Forum - Leading Innovation award (award utama).Utk projek super AG lime blend - silver award and special award drp korea university invention association.
 Projek dibawah seliaan Pn Marlina dibantu Pn Kairulafdzar, Pn Shajaratuddur dan Pn Sakinah.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP